Isnin, 18 Februari 2013

Aktiviti Hari Minggu

Aktiviti bebas, anak-anak yang pilih sendiri apa yang diorang nak buat minggu ni! :)

Aktiviti pertama


Bahan-bahan
Kertas
Pensil
Sticker warna

Tulis huruf di kertas. Anak-anak melekatkan sticker.


Aktiviti kedua


Bahan-bahan
Kertas
Batu
Pensil
Persil warna air

Anak-anak diberi kebebasan :). Hailnya mama tak sempat nak bekukan sebab sibuk dengan anak dara.

Bai bai.



Khamis, 14 Februari 2013

Masuk 2013


Tak sempat.
Berkubur.
Malas.
Tak tahu.

Aduhai :D.

Assalamulaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Dah 2013 rupanya. Sekejap je rasa. Banyak cerita. Banyak hal. Banyak idea. Tapi tiada kesempatan. Setiap kali tengok anak-anak sedang bergolek-golek depan TV. Terdetik di hati dan di mulut.. 'Dah 3 orang anak aku'. Heheh. Oklah mama ceritakan sepanjang 2013 yg telah berlalu.

Hajat; di hati nak buat aktiviti setiap minggu atau setiap bulan di rumah, tapi mamanya malas aka tidak sempat! Banyak aktiviti tapi mama malas bekukan :)!




Pertama kali; Rania mula makan..lagi 6 hari nak 6 bulan. Mamanya tak menyabar nak tunggu 6 bulan :D.




Pertama kali; Rania bergolek sampai ke bawah meja.




Peristiwa; Tidur Rania lama seharian menunggu abang syahmi berjumpa pakar di Tawakal Hospital. Asma.




Peristiwa; Mama dan Rania di wad Az zaharah.




Peristiwa; Abang Rakin yang susah makan ubat. Batuk dan selesema berpanjangan..




Anak-anak yang semakin membesar..



Alhamdulillah :)

Semalam hari lahir Abah..
Selamat Hari Lahir.
Semoga doa mama kat abah dimakbulkan Allah.
Amenn..:)

Mama sayang abah.


Isnin, 7 Januari 2013

Resepi; Kuih Lopes

Saya suka kuih lopes :)

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecl garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.

Cara penyediaan:

1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan perwarna hijau dan air kapur. Rendamkan selama 3jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
4. Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

Bahan Untuk Air Gula:

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ~ disimpul.

Cara penyediaan:

~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.