Selasa, 13 Mac 2012

Rakin 2 Tahun & Bilik baru Syahmi

4 hari lalu genaplah usia Rakin Syahid 2 tahun..alhamdulillah. Namun, kami sekeluarga cuma makan besar di Redwok. Tak ada kek dan tak ada gambar :). Apa pun Rakin makan dengan seleranya dan gembira.

Rakin sekarang banyak sungguh ragamnya. Makin manja dengan mama, mungkin sebab Rakin tahu kedudukannya akan tergugat beberapa bulan lagi. Kadang-kadang rasa amat penat nak melayan manjanya. Dan, sampai sekarang Rakin masih belum boleh bertutur. Bertutur bahasa dia bolehlah..hehe.. tapi kerap mengamuklah sebab orang tak faham apa yang dia maksudkan.

Bilik baru

Lebih kurang 6 bulan tergendala, akhirnya bilik anak bujang sulung kami hampir siap..huhu. Banyak sungguh aral yang melintang ditengah perjalanan yang menyebabkan tertangguh begitu lama...haha. Alhamdulillah hasil dari 2 kepala yang tak berapa profesional, dapatlah Syahmi ada bilik dan tidur di bilik sendiri. Cantik la juga, walaupun 'simple' saja. Haha siapa lagi nak puji diri sendiri. Muka Syahmi nampak tak 'excited' sangat pun, mungkin sebab menunggu siap bukan main lama. Tapi selepas 3 hari tidur sendirian, nampak tersengih saja dia, bangun pagi, terus mengemas tempat tidur. Balik sekolah pun terus menjengah bilik tidurnya. Syahmi gembira, mama lagi gembira sebab dah kurang penat..tak payah hari-hari mengemas ruang tamu akibat bersepahnya alat-alat tulis dan mainan kamu berdua.

Perihal Syahmi tak mahu pakai 'diaper'. Perkara ini dari tahun lepas lagi..'Syahmi dah besar lah mama, tak boleh pakai pampers lagi dah...Syahmi tak kencing pun'..'Syahmi dah kencing sebelum tidur'. Betul, memang anak mama dah besar, dah kencing sebelum tidur. Tapi, mama kena berhati-hati juga, sebab banyak kali jugalah terbabas. Yang penat mama juga. Yang muka 'stress' Syahmi lah juga. Mana tak nya dia kan pertahan juga dirinya kata tak kencing. Macam-macam alasan, entah dari mana ideanya 'Susu tumpahlah mama', 'Minyak kat kepala Syahmi tumpah (minyak mestika)', 'Itu basah sebab Syahmi berpeluh la'. Haduuuiih tapi kami layan je alasan kamu, dah tahu kamu akan banyak ragamnya kalau cakap kamu kencing malam.

Ok sekarang kita layan, gambar-gambar kamu berdua :).


Peace!


Ceria jer kan!

4 ulasan: