Jumaat, 11 November 2011

111111; Perginya Seorang Kawan

'Hah, ....Rozi meninggal'. 'Siapa?'.... Seakan tidak percaya dengan berita yang tiba di muka pintu aku di pagi hari. 'Kenapa? Sebab bersalin ke?'...'Innalillah...'. Mama bergegas keluar ke ofis. Mama ketinggalan berita beberapa jam disebabkan telefon mama dicuri penjahat! belum berganti beberapa hari lepas.

Sebak di dada. Perasaan bagaikan mimpi. Pelbagai soalan bermain-main di minda. Ya Allah, betapa gembiranya dia bila tahu anaknya yang bakal lahir itu perempuan. Itulah, ajal tidak memberitahu bila ia akan tiba. Dan setiap manusia akan melaluinya. Tidak tahu bila, di mana dan dengan cara apa kita akan dijemputnya.

Arwah dan anaknya dijemput Illahi akibat komplikasi ketika bersalin (mengalami rahim pecah - uterine rupture). Takziah buat Hafidz dan seluruh keluarga. Hafidz, sungguh berat ujian untukmu namun percayalah, Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Kuatkan hati dan jiwamu kerana mati itu pasti. Al-Fatihah. Sayu aku bila teringatkan anak-anak yang seusia Syahmi dan Rakin. Macam manalah nak menerangkan yang uminya telah pergi buat selamanya.

Ajal tak mengenal usia. Mudah-mudahan pemergiannya sebagai syahid. Amin. Berehatlah sahabat. Tenanglah mu di sana bersama puterimu..Nurul Iman.

Al Fatihah.

Rabu, 19 Oktober 2011

Rabu Tanpa Kata


Sambutan Aidilfitri 2011 Little Caliph
...


Mama pun 'boring' tengok blog kita ni. Apatah lagi kamu.
Xoxo.
Stress.

Selasa, 4 Oktober 2011

Tunggu Sahaja

...

Gambar dari makcik Didi. Rakin penyambut tetamu. Gelaran cikgu-cikgunya. Dengan harapan orang yang disambutnya...mama atau abahnya.

Mungkin, selepas hari jumaat nanti mama bakal sibuk balik. Sudah lama bersenang-lenang :). Walaupun ada beberapa berita baik. Tapi, pada firasat mama segala benda bakal naik. Tunggu dan lihat sahaja.

Bersedia.

Rabu, 28 September 2011

Layan


Lebih setahun vcd ini berada di rak buku. Tapi sehingga semalam barula si suami memasangnya. Jadinya, layan sahaja!.

Nilai Islam. Itulah menyebabkan aku tertarik menonton filem lama dari Indonesia. Ketika Cinta Bertasbih I & II. Cerita yang menarik. Sangat sesuai sebagai panduan dan pengajaran untuk anak muda. Filem ini menggambarkan secara indah bagaimana proses perkenalan dan pinangan dalam cara Islam. Tapi, apa yang aku tidak berapa bersetuju ialah dengan jalan cerita antara Anna dengan Furqan. Ada sedikit kekejaman jiwa dan raga di situ. :).

"Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih putus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu
Bisikan doaku dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu maha cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta".

...

Sebelum kahwin aku tiada pelakon pujaan hati. Selepas kahwin. Agaknya terpengaruh dan 'jelous' dengan si suami asyik disebut-sebut pelakon yang diminatnya. Sekarang, ramai pula pelakon yang aku suka tengok. Maaf ya si suami. Hihihi.


Itu sahaja terbuku di hati.

Ini bukan coretan untuk kamu anak-anak. Sekadar hiburan. Ayat tak tahan 'Kenapa yang awak minat semua ada iras saya?'. Nak pengsan aku dengar dari mulut si suami..hehe.

Mama.

Isnin, 19 September 2011

Cerita Raya

Dalam kepala banyak mama nak ceritakan. Tapi, bila sentuh papan kekunci ni, beterbangan idea-idea cerita. Seronok tengok anak-anak gembira bila tiba raya. Syahmi pun dah faham apa itu raya. Paling kelakar, bila tiba malam raya. Sepupu-sepupu Syahmi sibuk bermain bunga api. Syahmi dengan muka pelik berkata 'Orang main bunga api esokla, tidur dulu, pastu pakai baju raya dulu baru boleh main bunga api'. Entah berapa kali dia ulang ayat itu dan muka pun macam nak nangis sebab tak ada yang hiraukannya. 'Orang main bunga api esok kan mama? tidur.... pastu kena pakai baju raya dulu kan?'. Hehe kasihan Syahmi. Mama rasa kamu banyak tengok tv. Iyelah, kalau dalam tv, semua orang main bunga api pakai baju cantik-cantik, pakai baju melayu. Tidak realitinya kan?.

...Raya pertama...



...Raya kedua...



Terbantut bercerita nampaknya. Jadinya ceritanya behenti di sini sahaja ;P.

Mama sibuk.

Selamat hari raya Aidilfitri.
Sambutlah dalam kesederhanaan.

Isnin, 12 September 2011

Jam 6.15 atau 3.30?

Dua kali aku pandang jam dinding. Alamak dah 6.15 pagi! Hampir terlupa hari ini hari kerja. Kepenatan melayan tetamu semalam masih ada. Cepat-cepat aku mandi.

Tersangat sejuk!.

Selesai mandi aku terpandang jam. Ahahhh memang lawak terkedu. Jam menunjukkan belum jam 4 pun lagi. Sah tersalah pandang jarum jam. Agaknya aku tersedar jam 3.30 pagi tadi. Patutlah rasa sekejap je dah pagi.

Terus tarik selimut dalam kesejukan. Si suami tersedar. 'Saya tersilap tengok jam. Hehe rupanya baru jam 3.30. Hehe.' Cik abang dalam mamai sambil tarik selimut balik 'Tak sejuk ke awak mandi'.

Hahah mana tak sejuknya.

Bangun jam 6.15...tak payah mandi dah :p.

Rabu, 24 Ogos 2011

Syahmi; Al-Quran Al-Furqan dan Bacalah Anakku

Mungkin sebab budak lelaki, asyik main dan kurang fokus dalam kelas. Jadinya sejak 2 bulan lalu (sejak ditegur tok ayah...hihi), dalam satu hari mama biasakan Syahmi bersama bahan bacaan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Dan, mengaji Al Quran sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Alhamdulillah sekarang sudah menjadi tabiatnya.

Selepas mengenal huruf dan baris. Mama teruskan dengan menggunakan kaedah bacaan Al-Furqan dan kad imbasnya. Sekolahnya My Little Caliph juga menggunakan kaedah yang sama. Cuma bezanya, di rumah Syahmi masih membaca Al Furqan 2, di sekolah katanya sudah Al Furqan 3. Sebabnya, bacaannya masih belum lancar.

Sekarang Syahmi dah pandai baca ayat sambung-sambung
dan baris atas, bawah dan hadapan.


Yang lucunya, Syahmi tak sabar nak baca Al Quran, nampak dia bersungguh-sungguh mengeja walaupun belum tahu tanda mad dan sabdu. Di sekolah, untuk pelajar 4 tahun, masih ditahap menghafal surah-surah kecil dan bacaan solat fardu sahaja.

Sekarang Syahmi dah mengenal nombor-nombor dan sudah membaca Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku 2.


Mama pun tak pasti sama ada terlalu cepat atau tak mama hantar kamu ke sekolah. Mama dulu pun mula sekolah taski masa umur 4 tahun. Semoga anak mama menjadi seorang yang berjaya dan berguna serta jadi teladan untuk adik-adik kamu. Amin.

Kalau sesiapa berminat nak beli Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Al Furqan, boleh jenguk sini.

Itu sahaja tentang kamu Syahmi :)

Ahad, 21 Ogos 2011

Puasa Ibu Menyusu

Terjawab kemusykilan mama berkenaan puasa pada ibu menyusu, ibu hamil dan ibu melahirkan anak di bulan ramadhan.


Jadi, perkongsiannya.

Ibu menyusu atau ibu hamil yang bimbangkan kemudaratan diri dan bayi; wajib membayar fidyah dan qadha puasa.

Ibu menyusu atau ibu hamil yang hanya bimbangkan kemudaratan diri; hanya wajib membayar fidyah.

Ibu yang melahirkan anak dibulan ramadhan; wajib qadha puasa sahaja.

Selamat qadha puasa dan bayar fidyah.

:)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Raya Tahun Lepas

Tergelak apabila ingat raya lepas. Kalut. Sebabnya, adik masuk wad pagi raya, demam dan pitam di bilik air. Jam 3 pagi ke hospital dan ditahan wad. Baru mama tahu orang pantang bersalin tak boleh demam masa dalam pantang.

Yang lucunya. Semua makanan pagi raya belum masak. Tok mi dah serahkan segala tugas kat mama. Hahah biar betul. Malam tu mama tidur awal. Memang berhajat nak bangun pagi untuk tolong tok mi masak. Tapi, lain pula jadinya. Banyak betul wasiat tok mi pagi tu. Aduh, manalah aku pandai masak banyak-banyak. Perbetulkan, mama tak pandai masak sebenarnya. Cepat-cepat mengaku takut abah perli mama :p. Bab masak memasak ni memang selalu jadi perbahasan kami kat rumah. "Saya memang tak pandai masak, awak sepatutnya buat interview sebelum kawin dulu, kalau tak pandai masak...'reject' siap-siap". Ayat mama, rasanya abah dah boleh hafal...hahah. Pagi tu mama panjang akal, adik bongsu dah lesap rumah mertuanya belakang rumah, jadi mangsanya mak long. Mama kejutkan mak long suruh dia ganti tok mi. Mama cakap mama tak boleh masak, nanti hilang wasiat-wasiat tok mi dalam kepala. Jadi tukang kacau pun oklah. Nasib baik mood mak long kamu menurut perintah pagi tu. Hahah sedap hasilnya!

Sesi fotografi di pagi raya terbatal secara automatik. Tak ada gambar raya sakan. Penat. Si kecil Syakir ditinggalkan di rumah. Hanya maknya masuk wad. Banyak tugas.




Hanya ini yang sempat diambil. Itupun di magrib hari. Muka penat semuanya. Baju tudung pun tangkap muat je. Raya pertama bersama Rakin Syahid. PINK.

Wink wink :)

Rabu, 17 Ogos 2011

Ramadhan Ini

Haiiiiih. Tarikk nafas. Tolong bagi mood. Mood untuk mama taip karangan.

Ok, mari kita mulakan.

Pagi ni, pertama kali mama mendengar lagu raya dengan rasa berperasaan nak balik raya. Teringat kat abah kamu yang sememangnya 'terover' sensitip dari mama. Suka dengar lagu yang sedih je dalam hidupnya. Tak macam mama. Lagu yang gembira-gembira best! Tak payah nak bazirkan nafas menahan sedih...hahah. Eeerkkk ampun!

Nak tulis apa lagi. Idea idea.

Hari pertama ramadhan, mama demam. Melarat hampir seminggu. Pening-pening muntah-muntah rasa loya. Berita baik? Tidak mungkin sama sekali. Itu projek lain tahun :p. Awal-awal lagi dah kena tinggal puasa. Rupanya mama dehidrasi. Kurang minum air, tapi, Rakin menyusu kerap. Mungkin kurang kenyang. Tok ayah, abah hanya suruh berbuka. Katanya, jangan memudaratkan diri sendiri. Sayang...


Masuk hari ini, kita dah puasa 18 hari. Maknanya tinggal 12 hari lagi nak raya. Dan, beberapa hari lagi nak balik kampung. Maknanya, minggu depan kena semangat buat persiapan nak balik kampung dan untuk raya. Perlu ada cuti 1 hari untuk 'shopping' :).

Syahmi.

Susah. Hari pertama sahaja bersahur. Seterusnya, tak mahu bangun. Belum faham lagi agaknya. Mama tak tahu nak 'explain' macamana padanya. Tahun depan mama dan abah kena berusaha. Kena latih juga.


Rakin.

Hanya mampu 'fully breastfeed' selama 1 tahun 4 bulan. Sedih. Memang sudah tak berdaya. Target mama seterusnya 'breastfeed' sampai 2 tahun walau tak sepenuhnya. Susah juga nak cari susu formula yang serasi dengannya. Bagi mama tak perlu susu yang mahal-mahal. Susu yang mahal memang lebih sikit khasiatnya. Tapi, khasiatnya mudah lerai selepas bercampur air. Kalau tidak terus ke mulut anak, susu tu sama sahaja dengan susu-susu formula yang ekonomi. Jadinya, mama bermula dengan susu yang ekonomi dulu. Kalau dia tak serasi barukan cuba susu yang kos tinggi. Alhamdulillah, Rakin serasi dengan fernleaf, walaupun, Rakin semacam nak tak nak je minum susu tu.


Khasiat susu ibu adalah yang terbaik.

Ramadhan kali ini, syukur abah belum ponteng terawih. Memang mama harap abah terawih penuh kali ni. Elakkan berbuka di luar. Mamanya cuba juga pergi terawih. Malam pertama bawa adik, memang ok sangat. Hari kedua? MasyaAllah. Sakit kepala. Penat abangnya. "Mama...esok tak payahlah bawa adik. Syahmi dah penat. Adik sepahkan semua buku kat situ". Syahmi yang kemas balik. Tak tahannya, Rakin berlarian depan saf. Aduh memang sakit naik ke kepala. Segan. Tahun ni kebanyakkan juadahnya buatan tangan mama. Tiada selera juadah di pasar ramadhan. 'Simple' tapi makan berselera. Alhamdulillah. Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.

Persiapan raya. Hmmm....

Baju budak-budak sudah dibeli. Mama pun sudah. Abah belum lagi. Yang sudah setel hanya rambut raya. Minggu kedua puasa, semua 'guard' mama dah bojen raya. Lucu adik pertama kali botakkan rambut. Sepanjang bunyi mesin nangis tak henti.


Lega. Sudah buat satu post yang baru. Puas hati. Khas untuk suami yang rindu coretan mama. Hikhik.

Sayang kamu semua. Semoga berjumpa lagi di ramadhan seterusnya.

Saramida.

Selasa, 9 Ogos 2011

Rezeki Ramadhan

...
Walaupun tak banyak. Tapi rasanya seperti terpijak duit..hihi.
Terima kasih Nuffnang!

Khamis, 28 Julai 2011

Syahmi; Sukan Little Caliph Sri Serdang

Sukan tahunan Little Caliph Sri Serdang & Bukit Mahkota
Lokasi : Komplek Kejiranan Putrajaya Precint 16
Tarikh : 23/7/2011

Jom menjamu mata :)

...


Acara melepaskan belon

Adik memberi semangat kat abang

Adik dengan kerjanya

Kawan-kawan.

Selepas berpanas. Acara menyejutkan badan pula.

:> itu sahaja.
Nampak sangat mama malas nak bercerita.
Lain kali ok.

Rabu, 27 Julai 2011

Cerita Yang Lepas

Entah kenapa tiada mood menulis blog. Setiap hari setiap saat memang tidak lepas dari kenangan, tidak kira indah atau tidak. Tapi mama tiada mood untuk bercerita. Biarlah gambar-gambar bercerita untuk kamu di masa datang.

Terima kasih sudi baca. Dan...jika ada sebarang pertanyaan, silalah. :p

Jumaat, 3 Jun 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 5

Putar balik ke pertengahan tahun 2006. Setelah bertunang hampir 6 bulan. Walaupun dalam kedudukan kewangan yang minina. Alhamdulillah abah & mama disatukan dengan persetujuan kedua-dua keluarga. Bermulalah laluan panjang di hadapan kami redahi bersama. Ada masanya, kami berada di jalan yang indah dengan bunga-bungaan. Ada senyum. Ada tawa ceria. Dan ada masanya, kami berada di lorong yang agak sempit lagi menyesakkan dada. Dan adakalanya terpaksa hadapi cabaran yang perlu dilalui dengan langkah yang penuh waspada. Namun, alhamdulillah apa jua keadaan jalan yang kami tempuhi, kami langkah dengan penuh kasih sayang, sabar dan cuba perbetulkan apa jua kekurangan.

Suamiku sayang,

Engkau begitu istimewa dalam diriku. Cintailah aku seperti aku mencintaimu. Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhan. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. Dan bimbinglah aku kerana aku perlukan bimbingan dari mu.

Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Isterimu.

Rabu, 1 Jun 2011

Saya Suka

Saya suka! Saya suka melihat sesuatu yang kreatif dan berseni. Ada beberapa laman kreatif dan seni membuatkan mood saya gembira dan teruja. Wahhh terasa sungguh bangga dengan orang-orang yang sedemikan. Hanya menggunakan fikiran dan tangan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Saya? mungkin tidak diasah bakat. Bakat terpendam begitu sahaja...(ahaha itu ayat perasan sendiri). Sebetul-betulnya, saya memang sukakan kraf tapi hanya suka melihat, menghayati dan memberi komen sahaja :p. Ok mari kita layan laman-laman yang menceriakan hari saya hari ini.


Kagum melihat buatan tangannya. Hanya menggunakan kertas. Semasa saya masih bersekolah. Saya pun terlibat sama dengan hobi ini. Bermain dengan gunting, kertas, pen dan gam. Siap ada koleksi kertas yang pelbagai warna dan jenis. Alkisahnya semasa saya bercinta dengan si suami, banyak jugalah hasil kerja tangan yang tak berbayar ditujukan kepada kekasih hati...ahaha. Tapi sekarang? Bayangan kertas pun tak ada di rumah :p. Meja ofis pun bersepah dan berserabut :p. Tak mengambarkan ciri-ciri kreatif pun :p.


Ini pula seni membuat ukiran pemadam atau stamp. Sungguh kreatif! buat saya tersangat kagum dan jeles! (Jeles memanjang :P).

Itulah dua laman yang mengubah mood saya pada hari ini :)

Kepada sesiapa yang minat gambar kanvas pula boleh lah tempah di sini. Yang ni mama Rakin dan Syahmi suka! Tapi suka je lah, sebab, kalau order banyak-banyak pula kan pelik pula rumah. Nanti tetamu keliru..ini rumah ke galeri gambar? hikhik.



...

Wink wink :)
Mama

Isnin, 30 Mei 2011

Basikal

Sebenarnya dah sebulan kami beli basikal ni. Basikal Syahmi, abah (tapi abah cakap itu basikal mama :P) dan baby carrier khas untuk Rakin yang comel :). Semalam, dengan jayanya membawa Rakin bersiar-siar dengan basikal. Comel sangat tengok dia mengeras dan statik duduk kat tempatnya. Mari kita tengok gambar-gambar kamu!

Tingginya mama..

Tengok mama..Rakin atas basikal sekarang!

Syahmi dengan basikalnya

3 hensem!

Baru berani nak sengih


...

Semenjak dua menjak ni mama malas nak berblog. Jadinya banyak yang gambar bercerita sahaja. Banyak perkembangan kamu sekarang. Terutama si Rakin yang makin banyak akalnya. InsyaAllah ada masa dan ada mood mama akan karang :)