Jumaat, 26 Julai 2013

Antara Kulat, Ramadhan dan Setahun

Alhamdulilah sudah separuh Ramadhan kita lalui..ada separuh lagi yang perlu kita tempuhi. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga. Allah mudahkan abang Syahmi untuk belajar berpuasa. Alhamdulillah abang Syahmi dengan rela hati berpuasa, setakat ini hanya sehari tinggal puasa..itu pun sebab syahmi pening dan muntah-muntah. Paling sayang hanya beberapa minit nak azan maghrib..abang Syahmi dah mula nak menangis minta air...apa lagi bagi sahajalah dia berbuka...syahmi berpuasa pun dah jauh bagusnya. 

Puasa kali ni pun mama rasa sungguh senang hati, sebab bos bagi kelonggaran kepada pekerja yang tinggal luar putrajaya untuk pulang 4.30 petang. Jadi, mama sampai ke rumah sebelum jam 5.30 petang dan sempatlah mama menyediakan juadah berbuka. Adala sekali dua abah belikan makanan kat param.



Rakin dan kulat. Lupa nama kulat tu, yang mama ingat kulat tu tumbuh ditempat yang lembab...tandas, sinki, dinding dan ekon. Leceh betul bila Rakin alah kepada kulat..mula-mula dia dapat alergik, muka dan badannya bengkak-bengkak merah macam kena ulat selepas pulang dari masjid. Puas difikir apa yang budak ni alergik sampai berminggu-minggu. Buat ujian alergik di Azzaharah Bangi, tapi biasalah seminggu baru dapat result. Rakin pula susah betul makan ubat, jadi kami ni setakat boleh sapu ubat sahaja. Alhamdulillah sekarang dah kurang naik.

Alhamdulillah anak perempuan cukup setahun hari ini. Budak banyak cakap, banyak main dan banyak makan :). Mama doakan semoga anak mama ni membesar menjadi anak yang solehah,sihat,murah rezeki, bijak dan sentiasa menjaga batas hidup dan agama.

Bila kamu mahu jalan yer.  Sedihnya mama hanya mampu fully breastfeed sehingga 11 bulan sahaja. Sekarang Rania sudah campur minum susu kambing. Kali ni mama sediakannya susu kambing keluaran Hijjaz Marketing - Better Goat. Bagus dari segi bungkusannya dalam bentuk balang 500g. Dulu mama sediakan Rakin susu kambing juga, tapi susu kambing jenama Higoat, agak leceh sikit bila bentuk bungkusannya dalam bentuk sachet. Oleh kerana susu kambing mahal harganya, untuk dapat harga yang murah kami jadi stokis dan pengedar :D, jadi sesiapa yang berminat nak beli, bolehlah berurusan dengan kami. wink wink.

Hai :) Saya dah setahun.



Selasa, 23 Julai 2013

Rania; Bertih



Si comel mama :). 
Hari ni hari ke 6 anak mama naik bertih. 
Giliran abah pula yang jaga Rania.