Jumaat, 11 November 2011

111111; Perginya Seorang Kawan

'Hah, ....Rozi meninggal'. 'Siapa?'.... Seakan tidak percaya dengan berita yang tiba di muka pintu aku di pagi hari. 'Kenapa? Sebab bersalin ke?'...'Innalillah...'. Mama bergegas keluar ke ofis. Mama ketinggalan berita beberapa jam disebabkan telefon mama dicuri penjahat! belum berganti beberapa hari lepas.

Sebak di dada. Perasaan bagaikan mimpi. Pelbagai soalan bermain-main di minda. Ya Allah, betapa gembiranya dia bila tahu anaknya yang bakal lahir itu perempuan. Itulah, ajal tidak memberitahu bila ia akan tiba. Dan setiap manusia akan melaluinya. Tidak tahu bila, di mana dan dengan cara apa kita akan dijemputnya.

Arwah dan anaknya dijemput Illahi akibat komplikasi ketika bersalin (mengalami rahim pecah - uterine rupture). Takziah buat Hafidz dan seluruh keluarga. Hafidz, sungguh berat ujian untukmu namun percayalah, Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Kuatkan hati dan jiwamu kerana mati itu pasti. Al-Fatihah. Sayu aku bila teringatkan anak-anak yang seusia Syahmi dan Rakin. Macam manalah nak menerangkan yang uminya telah pergi buat selamanya.

Ajal tak mengenal usia. Mudah-mudahan pemergiannya sebagai syahid. Amin. Berehatlah sahabat. Tenanglah mu di sana bersama puterimu..Nurul Iman.

Al Fatihah.