Selasa, 30 April 2013

Farm In the City

Ladang di bandar :) Hadiah untuk birthday boy...bersiar-siar sambil memberi makanan kepada haiwan. Memang puas hati bawa budak-budak ke sana :)


Pintu masuk!

 Bagi burung-burung makan



Banyak jenis kura-kura


 Rusa!

 Bagi makan haiwan di air pula..

 Longkang fishing...

 Arnab dan hamster..

Kuda!

Banyak lagi haiwan-haiwan ternakan dan jinak di sana...seronok belai dan bagi diorang makan. Saya mengesyorkan pada ibu-ibu dan bapa-bapa bawalah anak-anak ke sana. Berbaloi-baloi...budak-budak tak nak keluar...hahah. Mungkin kami ke sana kelak lebih kerap sebab berdekatan dengan rumah kami. :D 

Khamis, 25 April 2013

Makna bacaan solat

Marilah selalu perbaiki solat!



Wuduk yang sempurna!



Niat!



Sebar-sebarkan...

Rabu, 24 April 2013

Rizq Syahmi 6 Tahun

Cukup 4 hari abah pergi outstation. Jadinya, mamalah yang menguruskan 3 orang askar di rumah. Dan, alhamdulillah. Hari ni sambut birthday Syahmi dan kawan-kawan di taska nya. Tahun ni syahmi minta kek logo batman. Semoga anak mama ni sihat selalu, membesar dengan cergas dan cerdik. Soleh serta dipermudahkan segalanya.





Setakat cerita pasal birthday sahaja lah mamanya ni :P



Ok ini gambar terbaru anak dara saya..hihih. Bai...tak tahu bila pula akan update..:P

Selasa, 23 April 2013

Rakin 3 Tahun

Gigih mama cantum-cantum gambar. Dan hasilnya!



Puas hati tengok gelagat Rakin setelah dapat kek. Mana taknya..bila mama tanya nak kek gambar apa..haa macam-macam kenderaan dia sebut. Jadi, mama letak semua yang dia minta. Semoga jadi anak yang mendengar kata mama abah, menghormati orang tua dan muda, bijak dan beriman soleh. Serta membesar dengan sihat. Dan moga-moga tuan nama sebagus namanya :)




dan ini kek birthday abah dari mama!



Mama sayang kamu!! Lusa dah birthday abang syahmi, mama baru nak upload gambar abang Rakin. :p