Isnin, 25 April 2011

Perkembangan Rizq Syahmi


Ini Rizq Syahmi. Anak mama dan abah baru mencecah umur 4 tahun. Dah lama rasanya mama tak ceritakan perkembangan kamu. Alhamdulillah kamu perkembangan kamu seperti kanak-kanak lain juga. Kamu dah makin pandai berfikir dan pandai berkata-kata. Pelak bahasa juga sudah kurang. Cumanya, mama tak tahu apa yang kamu belajar kat sekolah. Sebab? Kamu tak suka bercerita. Bila mama tanya, 'Syahmi belajar apa kat sekolah hari ini?'. Jawapan-jawapan yang biasa kamu jawab;

'Syahmi tak tahu..'
'Syahmi tak nak cakap, Syahmi penat..'
'Syahmi penatlah mama, Syahmi berlari tadi..'
'Syahmi tak tahu apa yang teacher ajar..'


Tapi, mama cuba ajukan soalan yang lain, supaya tahu serba sedikit yang Syahmi belajar, makan dan dengan siapa Syahmi berkawan.

Alhamdulillah. Syahmi dah hafal beberapa surah kecil alQuran; alFatihah, An-nas, AlFalaq, AlIkhlas. Dan, sekarang mungkin surah Al Fakirun atau Al-Masad.
Syahmi dah pandai menulis nombor, huruf ABC dan jawi.
Syahmi dah pandai melukis beberapa objek, yang selalu Syahmi lukis adalah objek orang, matahari, bunga, kapal dan roket.
Syahmi pandai beberapa istilah bahasa arab.
Dan, banyak lagi yang Syahmi pandai.

Walaupun tulisan tak cantik. Tapi oklah Syahmi dah pandai menulis :)


Bila mama tanya pasal makanan kat sekolah. Syahmi akan cakap Syahmi tak makan pun sayur. Teacher tak potong kecil-kecil. Kalau ikut logik pun, sekolah budak kecil perlulah diberi saiz makanan yang kecil-kecil sahaja. Tapi, mungkin saiz potongan dah kecil, itu cuma alasan Syahmi. Syahmi memang susah nak makan sayur. Masa waktu makan, mama mesti cakap 'Syahmi nak kulit cantik ke tak...kalau nak cantik makan sayur'. Dan masa tu sahaja lah Syahmi makan sayur. Hu hu.


Nama-nama kawannya yang selalu keluar dari mulut Syahmi adalah Muqryn, Puteri dan Nuryn. Yang lain tu Syahmi cakap dia malu nak tanya nama.

Tengoklah aksi adik kamu tak habis-habis nak kacau kamu. Tapi, sebenarnya Rakin hanya nak perhatian dari abangnya. Dia cuma nak berkawan. Syahmi geram, sampai mama pun kena tempias..hehe.


Rasanya itu sahaja mama nak cerita tentang kamu.

Mama.
Sayang kamu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku; Rizq Syahmi Mohd Rostam

Assalamualaikum.

Anak mama Syahmi,
Nanti Syahmi jangan jemu membaca coretan mama di sini tau. Subhanallah, Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Maha Suci Allah yang menciptakan kamu untuk mama dan abah. Selamat ulang tahun yang ke-4. Anak mama makin cerdik dan makin besar dalam semua hal.

25 hb 4 2007 yang lalu mama selamat lahirkan kamu tepat jam 2.04 pagi setelah hampir setengah jam di labour room. Banyak kenangan indah setelah kamu dilahirkan.

Comelkan :) Gambar selepas beberapa saat kamu keluar dari rahim

Syahmi masa mama dalam pantang

2 bulan

Doa mama dan abah tetap sama, mahu kamu sentiasa sihat, dipayungi Illahi, dikurniakan akal dan fikiran yang bijaksana, dipermudahkan segala urusan, hormati dan dengari kami sebagai ibubapamu dan jadilah seorang hamba Allah yang soleh.

Ameen.

Mama dan abah sayang kamu.

Ahad, 24 April 2011

Restoran MyFriends & Tasik Titiwangsa

Semalam kita ke Sri Rampai Business Park di Setapak. Singgah di Restoran bapa saudara kamu yang baru buka. Menu utama adalah nasi ayam dan nasi pakistan, tapi hari tu hanya ada nasi ayam. Sedap!. Dan, kepada sesiapa yang berminat nak buka kioks nasi ayam...boleh bagitau kami.

Selepas itu kita singgah di Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali kita ke situ. Rakin pertama kalinya juga buat latihan berjalan diluar dari kawasan rumah. Kiut!. Meh kita tengok gambar-gambar yang berjaya dibekukan hari ini.

Kat Restoran My Friends...



Kat tasik Titiwangsa...







Ok itu sahaja untuk hari ini. :)

Khamis, 21 April 2011

Kad Kreadit

Gegegege geram je nak mohon.. haha. Sabar. Sabar.
Nak booking online pun susah.
Nak shopping tiba-tiba.. banyak yang telan air liur je.
Kan mohon kan :p. Huhu sabar.
Mama, banyak lagi caranya.

Mama tak pernah ada kreadit kad.
Bagus kan?

Mama bagus. Mama bagus :p.

Rabu, 20 April 2011

Didera Rakin

Pening dah hilang. Panas badan dah hilang. Mama didera Rakin.



Inilah Rakin Syahid. Tak tahu apa kena dengan Rakin. Beralih bulan? Nak ringan badan? Badan nak bina antibodi? Haaaihh. Boleh tahan penangan Rakin. Selepas Rakin setahun ni, panjang betul demamnya. Sambung menyambung. Ini hari ke 7 demam, kalau tak makan ubat demam, panas datang balik. Doktor kata dia tak ada apa-apa. Boleh percaya ke doktor nih. Masalahnya Rakin tak tidur malam. Kemarin dulu...nangis 2 jam, lepas menangis.. sengih-sengih.. melompat-lompat atas katil.. lena pula. Tapi sekejap jelah. Badannya akan panas balik.

Semalam mama pula demam. Serahkan Syahmi dan Rakin kat abah sepenuhnya. Haaih si Rakin bangun kul 2 pagi, main pula. Hari ni mama dapat MC. Rehat lagi.

Tak sabar nak bawa Rakin 'follow up' dengan PAED esok. Apa kata doktor pula kali ni.

Tapi apa yang mama perasan, sejak demam sambung menyambung ni, Rakin macam dah pandai macam-macam. Agaknya budak ni dapat ilmu. Mama harap Rakin cepat-cepat sembuh. Tolonglah. Haha.

Oh cepat-cepatlah ia berlalu..lariiiiiiiiiiiii :P

Ok. Habis layan cerita Rakin. Mama nak cerita tentang makcik Didi. Makcik Didi kamu dah selamat lahirkan bayi perempuan yang comel. Alhamdulillah penantian 8 tahun. Lepas ni kamu tak boleh nak manja-manja dah dengan Makcik Didi. Sebabnya Nada dah lahir. Tahniah untuk kamu berdua. Sangat seronok.

Nada


Syahmi dah mula minta macam-macam untuk 'birthday' nya nanti.

Itu saja mama nak cerita
Dari mama..
Yang dah macam zombi..

Isnin, 18 April 2011

Basikal

Bila mama nak dapat ni...hehe abah sila-silakan. Gegegegege.



Tak sabar nak letak Rakin kat belakang tuh. Syahmi mestilah dah tak muat.

Jumaat, 15 April 2011

Suamiku...



Suamiku...

Awak ingat tak masa kita mula mula kenal dulu, masa kawan awak dan saya perkenalkan awak kat saya? Masa tu saya tak tahu pun awak satu kelas dengan saya. Tapi saya pernah sekali tengok awak, teringat saya seorang kawan saya terus cakap 'Aku dah jumpa jodoh aku' masa dia tengok awak. Rupanya jodoh awak dengan saya..

Awak ingat tak SMS pertama awak ... 'cantiknya bulan malam ni...blabla'.

Awak ingat tak saya selalu intai awak masa awak pergi beli nasi. Awak lalu depan bilik saya.

Awak ingat tak dulu kita pernah belajar sama. Hehe masa tu kita kawan-kawan je.

Awak ingat tak masa kita keluar makan sama-sama. Awak makan ikan keli. Tapi saya tahan nak muntah sebab saya tak suka ikan keli, geli!. Tapi sekarang 2 3 kali seminggu ikan keli jadi menu saya.

Awak ingat saya masak puding triffle kat awak. Saya buat bentuk smile dan letak tahi lalat kat bibir smile.

Awak ingat tak masa baru kawin dulu. Saya malas lipat kain. Lepas tu hari-hari awak tanya, bilalah saya nak lipat kain tu. 2 3 hari jugalah. Rupa-rupanya awak sorok hadiah dalam kain tu (vacum). Haha malas bini awak masa rupanya bersebab. Kita nak dapat Syahmi.

Awak ingat tak awak selalu buat kejutan masa birthday saya? Tapi 2 tahun lepas, awak lupa birthday saya.. masa tu kita di Kota Kinabalu. Itu pun bulat mata awak terkejut bila mami cakap.. 'mami rasa macam birthday seseorang je hari ni'. Ha ha laki saya sudah mula lupa ingatan. Sebenarnya masa tu saya pun tak ingat birthday saya.

Awak ingat tak masa saya mengandungkan Syahmi, awak buat segala kerja rumah. Awak potong buah kurma dan buah kismis kecil-kecil dan letakkan dalam ais krim... nak bagi saya makan. Setiap malam awak buat segelas susu dan sapu losyen kat perut. Tiap-tiap malam lepas kerja awak mesti beli 'chickencop'. Ha ha patutlah si Syahmi manja sampai sekarang, sebab abahnya manjakan mamanya.

Awak ingat tak tarikh pertama kita couple dulu? 23 Oktober 2003 kan? Tapi kita tak ada bercouple sangat pun sebab masa tu dah final sem. Masing-masing buat hal sendiri.

Awak ingat tak masa masing-masing dah bekerja. Kita jarang berjumpa. Masing-masing sibuk. Awak outstation sini sana. Tapi lepas kahwin, saya suka ayat awak, 'abang tukar position, tak nak selalu tinggal awak'.

Awak ingat tak kita bertunang bila? 2005 kan.

Awak ingat tak 2 Jun 2006? Kalau boleh saya nak undur balik hari itu, ada kejadian yang menyebabkan saya ingat sampai sekarang. Kalau boleh saya nak simpan ia baik-baik. Mana tahu dah tak ada rezeki.

Haha banyak sangat perkara yang berlaku kan. Banyak yang dah kita lalui bersama kan?. Kalau nak saya senaraikan lagi sampai malam pun tak habis lagi.

Mama buang tabiat hari ni.
Sakit kepala. Sebab jaga Rakin semalam.
Bercuti.

Saya sayang awak.

Khamis, 14 April 2011

Ohh Rindunya..

Serius. Banyak benda yang mama rindu buat masa ini. Mungkin sebab menghadapi minggu-minggu yang serabut yang amat. Dengar macam banyak betul masalahnya..haha. Bukan, mama bukan ada masalah besar pun. Cuma sedikit masalah kerja, sedikit masalah diri dan sedikit masalah persekitaran. Campur-campur semua dah buat mama serabut kat kepala otak.

Masalah kerja? Dah selesai. Yeah. Cuma tinggal 2 lagi masalah. Balik rumah mama mesti rasa geram tak tentu arah...ha ha. Mama sakit mata tengok keadaan rumah yang tak kemas. Kacau jiwa sungguh!. Masa tu mulalah mama mula mngelap-ngelap menyusun yang mana patut. Tak tau la apa penyakit mama nih. Mengemop lantai tengah malam buta. Jiwa kacau! Serius nih. Lepas tu mulalah aku nak beli karpet lah..nak beli itu nak beli ini. Sebab? dah bosan tengok keadaan sama je. Haha sekejap bahasakan aku..sekejap mama. Sakit sungguh.

Nak buat semua..aku penat. Abah pun sama, dah banyak dia menolong. Hadoih.

Mama perlukan terapi. Bercuti mungkin. Bercuti ke mana? Bolehkah nak kepik 2 orang dan ada yang baru dapat kaki ni? Boleh jadi lagi penat.

Apa pun :
Mama rindu sangat kat kampung.
Mama rindu nak bercuti.
Mama rindu nak bershopping.
Mama rindu nak tengok senyuman abah (ada kaitan ke?).
Mama rindu nak masak-masak puding ke apa.
Mama rindu nak mengelap peti ais. (Geram sebenarnya, nampak sepah betul).
Dan, blablablablaala

Rindu dah menguasai diri.

Semalam, mama tinggalkan budak dua orang tu main berdua. Apa yang jadi? Gaduh lak. Hish budak-budak ni, banyak-banyak mainan nak rebut juga mainan yang sama. Abang syahmi pula berkeras hati dengan adiknya.

Ohh mama lupa bagitau, Rakin dah pandai jalan dengan betulnya pada setahun sebulan. Tahniah Rakin.

Semalam abah belikan kamu hadiah, patung dinosaur sempena kamu menang 'contest'. Mama fikir itu tak aci, sepatutnya abah bagi hadiah kat mama. Sebab, mama yang ambil gambar tu. Ho ho.

Rakin, kamu tak dapat main pun dinosaur tu semalam. Abang kamu main sampai buat peluk tidur. Kesian kamu.

Itu sahaja nak diceritakan.
Kalau kamu suka baca, mama suka.
Kalau tak suka baca. Terpulanglah.
Itu hak masing-masing.

Mama.

Rabu, 13 April 2011

Pesanan Tok Ayah

Setiap kali bercakap atau chat dengan tok ayah Rakin dan Syahmi..
tok ayah mesti bagi pesanan ringkas..
hari ini..


Anak ibarat kain putih
Ibubapalah yang mencorak warnanya..

Anak amanah Allah
Kita boleh usahakan supaya
Anak kita bahagia atau sebaliknya di masa depannya..

Amin..Semoga menjadi anak yang soleh

Mama

Senyumlah

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Disalin dari sini.

Selasa, 12 April 2011

Menang!


Rakin menang contest! Rujuk sini. Tak sabar nak tunggu hadiah..hihi seronoknya. ( Mama yang lebih-lebih ). :p

Isnin, 11 April 2011

Masalah Adalah Guru

Ya semua orang ada masalah, tidak satu manusia pun di dunia ini yang tidak ada masalah, masalah kerja, masalah pribadi, masalah keluarga, masalah lingkungan masyarakat, masalah negara, masalah dunia dan masalah dengan Pencipta. Tipu kalau orang cakap dia tak ada masalah. Dan, tidak ada satu manusia pun yang mampu lari dari masalah walau ke mana pun kita lari. Kecuali, hadapinya!

Aku, kalau aku ada masalah, aku suka senyap. Bertakafur. Cuba berfikir tenang dan sedalam-dalamnya. Kalau dah bosan, aku akan bercerita. Sampai mood aku kembali lega. Sambil-sambil selesai masalah yang ada.

Kawal perasaan. Jangan suka sangat EMO yer.
Bertindak dengan rasional.
Ingat. Itu cuma ujian kecil dari Allah.

Aku tak suka orang yang ada masalah suka cakap lepas je. Kalau budak kecil boleh la aku terima. Kalau dah besar?

Betul, setiap orang ada caranya sendiri nak lepaskan amarah masalah. Tapi, jangan bagi tempias kat orang lain...ok. Kawal diri. Kawal perasaan. Tolong bertindak macam orang dewasa. Bagi contoh yang baik pada orang sekeliling. Memang itulah ibu bapa aku ajar aku dari kecil. Contoh terbaik aku. Tak salah berubah untuk kebaikan.

Ingat...

Jika seorang datang membuat kita marah.
Maka dia adalah GURU yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita selalu KESEMPITAN wang.
Maka, itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan.
Itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap dan hakikat tawakal.

Kadang Allah memberi nikmat melalui masalah.

Kadang masalah timbul melalui nikmat Allah.

Allah memberi kedewasaan ketika masalah berdatangan.

Allah melatih ketegaran dalam kesendirian.

” Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk ” ( Q.S. Anhl : 16 )


Anak-anaku,
Ini bukan untuk kamu.

Mama.

Jumaat, 8 April 2011

Rakin; 'Follow Up'

Haha asyik cerita pasal Rakin je. Kasihan abang Syami. Sabar yer abang, nanti mama cerita pasal kamu pula.

Semalam kami bawa Rakin follow up di KPJ Kajang Specialist Hospital. Rakin jumpa Doktor Meena buat kali kedua. Senang dengan doktor ni, sebabnya dia seorang doktor yang tidak kedekut ilmu. Kalau mama tanya dia soalan, dia mesti jawab dengan panjang lebar. Sampai kita faham. Alhamdulillah, Rakin dah sihat. Hari tu kami bawa Rakin jumpa PAED. Sebabnya, Rakin demam 2 minggu berturut-turut, alhamdulillah tiada penyakit yang merbahaya. Rakin demam sebab kena tonsil.


Suntikan 1 Tahun - Suntikan MMR dan suntikan chicken pox.

Dah sihat. Rakin bolehlah ambil suntikan 1 tahun. Suntikan MMR dan suntikan chicken pox. Suntikan MMR wajib. Suntikan chikenpox pula tak wajib. Dulu, Syahmi tak ambil pun suntikan yang tak wajib ni. Mungkin sebab mama dan abah kurang ilmu. Dan sekarang mama baru tahu semua suntikan tu sememangnya perlu. Kata Doktor Meena, dari dulu lagi para PAED memohon untuk suntikan chicken pox atau varicella ini diwajibkan kepada setiap budak. Kenapa? Sebabnya chickenpox sekarang bukan seperti chickenpox dahulu, merbahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada budak kecil. Ada tubuh yang boleh melawan virus chickenpox dan ada badan tak boleh. Tapi, kerajaan tak luluskan. Sebabnya melibatkan kos yang begitu banyak. Banyak la kot, untuk ambil suntikan ni kena bayar dalam RM80++. Suntikan chicken pox atau vaksin varivax seperti lain-lain vaksin juga. Berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi. Bertindak melemahkan virus didalam badan. Apapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox. Kata Doktor Meena, setiap orang pasti akan mendapat chickenpox. Tapi, dengan pengambilan suntikan ini, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini. Apa yang kita perlu tahu, vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chickenpox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Dan, sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.

Haa panjang lebar mama kamu cerita :D.

Rakin belum boleh bercakap.

Itu normal. Kata doktor, bayi biasanya mula boleh bercakap pada usia 18 bulan. Cara nak uji anak kita boleh bercakap atau tidak adalah dengan memanggilnya. Kalau anak kita bagi respon, maknanya fungsi telinganya baik. Bermula dengan mendengar, barulah budak itu boleh bercakap.

Wad kanak-kanak kat KPJ Kajang dah bertukar wajah. Cantik macam tempat pergi berseronok pula.

Ok itu sahaja nak diceritakan pasal Rakin.

Pasal Membanyakkan Air Susu.

Tangah borak-borak dengan Doktor Meena semalam, mama ada tanyakan tips-tips untuk banyakkan air susu. Katanya elakkan makan ubat-ubat yang memperbanyakkan air susu. Kebanyakkan ubat yang banyakkan air susu biasanya ada side effect. Doktor cadangkan mama mengubah cara pemakanan. Makan makanan yang menyumbang susu. Dia cadangkan mama makan ikan yang kurang tulang. Macam tenggiri, mackarel, sardin, kembung, parang,salmon dan banyak lagi kot. Kalau minuman, biasalah, soya, milo, susu, horlick dan yang paling penting minum air masak banyak-banyak. Huhu susu mama dah merundum. sempat ke sampai 2 tahun ni. Mama dah kurang makan. Dah kurang selera makan. Dah kurus.. senang sungguh kurus..susahnya nak buat lemak..waaa :(.

Rabu, 6 April 2011

Rakin; Jatuh Katil

Gambar hiasan

Kasihan. Benjol dahi. Rakin, kamu jatuh katil jam 4 pagi tadi. Kuat betul bunyinya. Bak kata abang kamu Syahmi, 'Mama cakapla sorry kat adik'.

Sorry.....
Mama

Selasa, 5 April 2011

Anak-Anakku

Anak-anakku,

Jika mu sedang ditimpa masalah...
Janganlah engkau berkeluh kesah...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286

Kuatkan imanmu...
Dekatkan dirimu kepadaNya..

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja. Jadi, apabila kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.

Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.

Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.

Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya? InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yang lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.

Anggaplah itu adalah ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia? Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.


Anak-anakku,

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar. Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.

Ujian & dugaan sebenarnya adalah hadiah dari Tuhan untuk kita memperoleh hati yang cekal, jiwa yang kuat dan berani menghadapi & menyelesaikannya.

Hadapilah dengan tenang dan berterima kasihlah pada Yang Maha Mengetahui.

Ikhlas dan berharap
Mama