Isnin, 28 Mac 2011

Rakin Makan Durian

26/03 lalu mama rasa nak bagi medal/hadiah je kat Rakin. Sebabnya, Rakin makan durian...haha. Abang Syahmi pun tak pernah makan durian. Tapi Rakin apa saja dia main makan telan je. Bagus!

Tak ada apa sebenarnya mama nak cerita. Mama malas. Gambar terbaru ada, tapi juga malas nak upload.

Akhir-akhir ini, Rakin dah pandai bergedik-gedik menari. Dah pandai tunjuk bakat.

Itu sahaja. Nanti mama tulis lagi.
Sayang kamu, Mama.

Selasa, 15 Mac 2011

Botol Susu Bebas BPA

Semalam, kerajaan Mengharamkan Botol susu Polikarbonat yang ada BPA. Setuju sangat.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, “Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu.”

Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat atau berbahaya adalah bertanda 3 ,6 dan 7.

Setahu mama, bahan yang digunakan untuk membuat plastik boleh menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Sejak anak pertama mama hanya gunakan 3 jenis botol susu sahaja untuk Syahmi dan Rakin. Jenama Tupperware, Mom Little One dan Bumble Bee. Rupanya memang tak berapa cantik dan mudah calar, tapi apa yang penting, ia bebas dari BPA. Cuma, harganya sedikit mahal.

Ada juga botol susu jenama lain, kawan-kawan mama yang bagi hadiah. Nak buang rugi, mama tetap gunakannya. Tapi hanya untuk 3 bulan. Nasihat mama buat ibu-ibu, jangan hanya fikir nak cari botol yang comel sahaja. Kesihatan anak perlu dititikberatkan dulu!. Masa memilih botol, pastikan ia bebas BPA.

Hmm apa yang dalam fikiran mama sekarang. Semua orang mampu beli ke botol susu ni? Ho ho. Patutnya kerajaan juga perlu ambil langkah kawal harga barangan plastik. Biarlah semua golongan tak kira miskin, sedang-sedang dan kaya raya boleh lari dari bahaya BPA ini.

Isnin, 14 Mac 2011

Terkedu

'Punch card' mama merah hari ini. Terkedu melihat jam pada waktu tu. 8:07 pagi. Pagi ini mama hanya berpandukan jam kereta. Sah-sah lah jam dalam kereta salah. Tadi masa mama naik ke ofis 7:54 pagi (jam dalam kereta)...bila sampai ditempat 'punch card'..haihhh biar betul.

Program tak boleh nak lari.
Program tak boleh nak kemaskini.
Program tak jadi.
Buat mama tak tahu nak setelkan macamana.

Menjamu mata melihat gambar dan video tsunami dan gempa bumi di Jepun.
Juga membuatkan mama terkedu!

Syukurlah. Kita di sini. Masih aman dan jauh dari bencana alam yang dasyat. Tapi, dengan keadaan sosial yang kacau bilau. Isu-isu politik yang dipandang remeh. Dan segala macam lagi. Mama takut kita akan terkena tempiasnya. Yelah, kita juga tergolong dalam orang yang bersubahat. Tahu tapi membuat tidak tahu. Yang tak betul dikatakan betul. Tidak endah. Namun, segalanya bukan perkara yang mudah. Sebab, kita hanyalah seekor burung pipit.

Cuti sekolah. Seminggu abang Syahmi cuti sekolah. Menumpang di tempat adik. Masa mama hantar Syahmi dan Rakin tadi, tersenyum mama melihat Syahmi menunjukkan gaya sebagai ABANG. Peluk adik, Bercakap dengan adik. Riak muka macam sangat bangga boleh jaga adiknya. Rakin, abang Syahmi sayangkan kamu walaupun kamu selalu dimarahnya. Bukan apa, abang Syahmi cuma tak suka kamu kacau mainannya. Kamu suka sangat ambil mainan yang abang kamu pegang...padahal bersepah lagi mainan lain. Yang di tangan abang juga kamu berkenan. :)



Abang sayang adik!

Khamis, 10 Mac 2011

Rakin 1 Tahun



Rakin, kamu dah 1 tahun. Alhamdulillah. Selamat hari lahir sayang! Mama nak menulis tapi mama tiada idea nak tulis pasal apa tentang kamu. Semalam hari lahir pertama kamu. Macam biasa, kalau hari lahir anak-anak mama, kita sambut dengan membeli kek dan hadiah. Mama tahu kamu suka makan kek karot. Jadinya, mama belikan kamu kek karot. Banyak betul kamu makannya semalam :).

Rakin, ini perjalanan perkembangan kamu selama 1 tahun.

Dari bayi muka kamu agak serius tapi kamu sangat manis dan suka tersenyum.
3 bulan kamu dah pandai mengiringkan badan.
4 bulan kamu pandai meniarap.
5 bulan tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Dan, kamu dah mula mengangkat punggung nak merangkak.
6 bulan dah pandai berpaut dan berdiri.
7 bulan kamu dah boleh duduk tapi dengan bantuan mama. Dan kamu boleh berdiri tanpa berpaut, tapi masih kena bersandar. Bulan ni kamu tumbuh 4 gigi sekaligus.
8 bulan kamu dah pandai dudu sendiri.
10 bulan gigi ke 7 dan 8 kamu selamat naik.
11 bulan kamu dah boleh berdiri dan boleh melangkah. Dan sampai sekarang kamu ditahap ini. Malas nak berjalan. Sebenarnya mama tak sabar nak tengok kamu jalan tau.

Rasanya dah tiada apa mama nak ceritakan. Mama dan abah doakan anak-anak mama diberikan kesihatan, jadi anak yang soleh, anak yang bijak, mendengar kata mama dan abah. Mama sebenarnya takut juga nak menghadapi hari-hari yang mendatang. Tok ayah selalu cakap, ibubapa adalah cermin anak-anak dan ibubapa jugalah pena yang mencorakkan anak-anak. Mama tak tahu adakah cara kami mendidik kamu ini betul atau tidak. Kami cuba yang terbaik InsyaAllah.

Mama sayangkan kamu semua. Mama haraplah suatu hari nanti, bila Rakin dah pandai membaca, kamu akan baca coretan mama untuk kamu ini. Ini lagu mama untuk kamu.



Mari kita tengok gambar-gambar kita tengah berlakon tiup lilin dan memotong kek pula. Rakin dah tak sabar nak ngap!.

Abg boring je sebab beli kek yang dia tak suka

Rabu, 9 Mac 2011

Contest Baby Bersama EBM

Klik sini!


Tengoklah bekalan Rakin

"Yang terbaik untuk Rakin. Alhamdulillah 9.3.2011 genapnya Rakin setahun. Dan selama 1 tahun jugalah mama menyusukan Rakin. Tengok, Rakin tengah sibuk memantau bekalannya."


Mama. Selesai :)

Penyusuan

Alhamdulillah. Percaya tak percaya mama dah susukan Rakin selama setahun. Bukan senang tau nak jadi setabah ini. Dan bukan mama nak bangga. Hehe tipu tu, mama sememangnya bangga.. kikiki. Tapi mama bukanlah setabah rakan pejabat mama, iza, berkorban masa dan tenaga pam susu sebab anaknya tak mahu langsung 'direct feeding'...hanya memilih minum melalui botol. Dan masih minum susu ibu sepenuhnya walau sudah hampir 6 bulan. Mama juga tidak setabah tini, sebab anaknya tidak mahu minum susu ibu yang lama. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anaknya memilih untuk meminum susu yang segar sahaja. Maklumlah, susu ibu kalau dibekukan atau disimpam lama, akan ada sedikit perubahan pada rasa dan bau. Penyelesaiannya Tini kena sediakan susu yang baru diperah. Penyelesaian lainnya adalah, masak susu ibu sehingga mengeluarkan buih sebelum bekukannya. Tujuannya adalah untuk matikan enzim lipase yang mana boleh menyebabkan susu ibu bertukar bau dan rasa. Leceh bukan? Tapi untuk anak, mereka sungguh tabah.

Cerita yang mama nak ceritakan adalah mama nak masuk 'contest'. Pertama kali mama join 'contest' dalam internet. Bersungguh benar mama mengambil gambar Rakin bersama susu-susu nya. Susah tau. Rakin tak nak senyum. Jadinya hasilnya macam ni jelah. Mimpi apa mama ni? Hehe bukan apapun, sekadar suka-suka.




Sempena 1 tahun mama menyusukan Rakin, abah belanja mama makan di RedWok Bangi. Uncle Imran dan autie Didi pun join sekali. Bagi mama sedap juga makanan kat situ. Lain kali mama nak cuba steamboat pula kat situ.



Terima kasih abah!. Malas pula mama nak cerita panjang-panjang. Mama sibuk.

Target mama seterusnya, menyusukan Rakin sehingga 1 tahun 6 bulan. Semoga berjaya.

Pertama kali mama cuba edit gambar guna Adobe Photoshop Lightroom. Wink2.

Jumaat, 4 Mac 2011

Lensa

Keperluan? Kehendak? Huh tak perlu dan tak penting mana pun. Mama dah lama usha-usha, tapi rasanya buang duit sahaja. Haha sabarlah wahai hati. Mama mengidam ini.

lens Nikon AF-S 35mm F1.8G DX


Tujuan utama, untuk gambar potrait lebih cantik. Kabur dibahagian belakang gambar. Hasilnya akan jadi macam ni.



Tapi, kalau mama dapat ini pun oklah. Huhu cantik juga :(


Mug Lensa CANON(24-105mm). Harga RM35 satu! Beli di sini.