Isnin, 13 Februari 2012

Al Hamdu

Alhamdulillah. Syukur...kami sekeluarga hampir kembali kepada keadaan yang kebiasaan. Abah makin pulih,kerja mama di ofis kembali kepada asal dan kesihatan mama pun makin baik. Rasanya 2 bulan sungguh lama bagi kami sekeluarga. Banyak perancangan-perancangan kami tertangguh. Biarlah gambar yang bercerita, mama masih malas-malas bercerita :p.
Projek bilik Syahmi sampai sekarang terbengkalai :). InsyaAllah minggu boleh sambung balik. Kita cari perabut dulu.
...


Abah 1.12.2012
...


Di Pangkor 27.11.2012...beberapa hari sebelum abah dapat sakit.
...


Hari ni hari ulangtahun abah, pagi tadi abah cakap mama tak ucap apapun hari lahirnya kali ni..hehe.