Rabu, 10 Oktober 2012

Resepi; Spaghetti Bolognese

:D hari ini mama hanya berkongsi resepi. Mama bukan suka sangat makan spaghetti, tapi tak apa asalkan anak-anak mama suka :). Spaghetti adalah makanan paling mudah dan ringkas serta sesuai dihidangkan kepada tetamu. Ok sekarang mama nak kongsi resepi spaghetti bolognese yang ringkas dan mudah.

Bahan-bahan ( 7-9 orang makan )
1 paket pasta spaghetti
400 gram daging/ayam di potong kecil
4 batang sosej - dihiris bulat-bulat (Tak bubuh pun tak apa)
3 biji tomato di dadukan kecil (Kalau tak suka masam tomato, buang bijinya)
1 btg carrot di dadukan kecil
1 botol pasta sos (prego / kimball(lagi sedap))
6 sudu besar sos tomato life
6 sudu besar sos cili life
1 sudu kecil sebuk lada hitam (Tak bubuh pun tak apa)
kepingan cheesedale (Tak ada pun tak apa)
sedikit garam dan gula
4 ulas bawng putih (dihancurkan)
2 biji bawang besar (bwg kuning) di hiris memanjang/potong dadu pun ok
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1.Rebus spaghetti dalam air yang mendidih selama 3 minit bersama sedikit garam dan minyak, supaya spaghetti yang direbus tak melekat. Apabila spaghetti dah lembut angkat dan toskan
2.Panaskan minyak dlm kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan daging yang telah dipotong kecil-kecil / daging hancur dan sosej sampai separuh masak.
4.Masukkan carrot dan tomato yang telah dadukan sehingga masak layu.
5.Masukkan sos prego,sos cili,sos tomato dan serbuk lada hitam. Kacau sebentar sehingga mendidih.
6.Masukkan garam dan gula mengikut selera.
7.Hidangkan spaghetti dengan sos bolognese yang sudah siap, letakkan sekeping cheese diatasnya.

Siap untuk menjamu selera.
Sedap di hidang semasa panas :).

Resepi; Resepi Lasagna

Assalamualaikum. Hari ini mama rasa nak kongsi resepi lagsana. Terima kasih tuan punya blog Cahaya Hatiku sebab bagi langkah demi langkah cara buat lagsana. Tapi mama ubah sikit resepi tu ikut selera :). Mama ingat susah buat lasagna ni..rupanya senang sahaja. Paling best cik suami yang pandai membeli bahan-bahan, maklumlah Rania masih di dalam pantang ke pusat membeli belah..heheh. Bahan-bahan semuanya beli di giant, memang semua ada kat situ.

Ok. Mari kita kumpul bahan-bahan yang diperlukan dulu..


Bahan-bahan utama :
Kepingan lagsana
Sos prego - sos prego beli yang macam ni ya sebab mama dah cuba guna yang lain,rasanya macam tak berapa sedap.

Cendawan butang - potong dadu sekecil yang boleh.
400 gram daging cincang
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano

1 bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - potong dadu
Keju mozzarella

Keju parmesan

1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Bahan- bahan sos putih :
2 1/2 sudu besar buttercup
3 keping keju cheesedale
500 ml susu full krim / fresh milk
4 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara membuat inti daging :
Masukkan 4 sudu besar minyak masak.
Tumis bawang yang dicincang tadi sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang, masak sehingga 2/3 masak.
Tuangkan sos prego. Gaul sebati.
Masukkan secukup rasa garam.
Taburkan secukup rasa oregano.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan 1 sudu besar sos cili.
Taburkan serbuk lada hitam.

Cara membuat sos putih :
Cairkan butter.
Masukkan 4 sudu besar tepung gandum. Kacau sebati dan gunakan api yang kecil.
Masukkan susu. Kacau.
Masukkan keju cheesedale. Kacau sehingga cair semuanya.
Masukkan sedikit garam. Tunggu sebentar.
Siap.

Cara melapis lasagna :
Panaskan oven pada suhu 180 celsius.
Celurkan sekejap kepingan lagsana. Susun kepingan lagsana pada dasar loyang sehingga menutup kesemua dasarnya. Saiz loyang - ikut suka


Masukkan 1 bahagian inti daging tadi, buat lapisan sehingga menutup kepingan lasagna tadi. Saya bahagikan inti kepada dua.

Tuangkan separuh sos putih sehingga menutupi lapisan inti daging


Taburkan cheese parmesan dan mozarella. Kuantiti - ikut suka. Lagi banyak lagi sedap.
Susun kepingan lasagna.

Ulang balik langkah awal melapis lasagna. Sebenarnya ikut suka nak buat berapa lapis. Saya buat 2 lapis. Itu sebabnya inti daging dan sos putih saya bahagi 2.

Siap!

Bakar lasagna selama 30-40 minit pada suhu 180 c. Kalau cheese dah berwarna perang maknanya lasagna dah masak. Sedia untuk dihidang!


Ok sesiapa pun boleh cuba. Mama simpan kat blog ini agar mama tak lupa cara-cara buat lasagna ni kelak..hihihi. Maaf gambar-gambar tak cantik dan ada yang ambil dari blog orang. Sebab Rania meragam nak masak juga agaknya masa ni.


Lagsana ni makin lama makin sedap rasanya. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan selama 1 minit.

Bye-bye :).

Isnin, 8 Oktober 2012

Aidilfitri 2012

:D Dah lebih sebulan habis raya baru nak update.






Okay nanti mama update lagi...

Rabu, 5 September 2012

Isnin, 16 Julai 2012

Anak-anak

Permulaan pun mama tak tahu nak tulis apa. Perkembangan kamu, mungkin lebih tepat. Beberapa hari lagi kita nak menjejak ke bulan Ramadhan. Pastinya kedatangan ramadhan kali ini lebih ditunggu-tunggu. Setiap hari, mama akan biasakan bercakap dengan Rakin tentang 'baby' yang bakal lahir. Agar Rakin tidak terkejut nanti. Rakin lebih manja dengan mama, bimbang betul :). Syahmi pula selalu ingatkan 'Nanti 'baby' lahir...Syahmi jaga Rakin, mama jaga 'baby'. :).

Esok mama ada misi besar, harapnya jawapan permulaan doktor,'baby' sudah dikedudukan normal dan tak perlu lakukan ECV. Itulah yang mama harapkan. Agaknya 'baby' faham dengan kata-kata mama, sebabnya setiap kali buat 'scanning' sebelum ini 'baby' dikedudukan normal dan bersujud, muka dan bahagian depan langsung disembunyikan. Tapi.. reaksi 'baby' terlebih pula, berpusing sehingga kedudukan songsang pada minggu 34. Mungkin juga disebabkan terlalu banyak air dan ruang terlalu besar untuk 'baby' buat senaman :). Semoga segalanya dipermudahkan.

Tak sabar mama nak balik kampung. Persiapan ke hospital selesai. Cuma tinggal sedikit lagi persiapan untuk balik kampung. Kami cuma tunggu doktor memberi lampu kuning untuk balik kampung... ada kurang dari 3 minggu lagi dari tarikh jangkaan.

Beg mama dan 'baby'. Wink2.


Aktiviti hujung minggu. Ada beberapa aktiviti yang kamu buat sepanjang jun dan julai yang sempat mama bekukan.

Taman perdana putrajaya

Bojen raya :).
Suka sangat tengok youtube.
Tapi baguslah dia suka ikut belajar sebutan.


Syahmi buat ulat.

Adik....


...Mama sayang kamu...

Rabu, 11 Julai 2012

Mama; Risau

5 hari lagi. Risau. Takut.
Moga-moga doa dimakbulkan.
Perancangan Allah yang terbaik.
Kita yang berusaha.
Dan, berdoa.

Selasa, 19 Jun 2012

Rakin; Rindu


Rasa rindu dengan anak-anak mama bila tengok gambar-gambar lama mereka.
Cepat betul mereka membesar.
Semoga anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.
Amin.



Suara garau...:)



Comelkan???

Isnin, 11 Jun 2012

Lapan

Dia sudah tidak duduk diam, mungkin kecil hati mama tak pernah bercakap tentang dirinya di sini. Tunggulah kalau mama ada idea nak tulis. Sebenarnya, kami tak sabar menunggu kedatangan kamu. Entah ikut siapa kali ni, sihat sempurna lebih penting. Berdoalah, harap-harap apa yang kami rancang menjadi dan betul-betul ikut tarikhnya..insyaAllah. Mama tak nak ganti puasa banyak sangat :). Ada beberapa lagi barang yang mama perlu beli. Dalam hati tidak sabar dan seronok.

Ke Bukit Tinggi. Dapat penginapan percuma di Selesa Resort Bukit Tinggi. Kami pergi Colma, Japanese Garden dan Animal Park. Penat, tak larat mama nak jalan-jalan, jadinya mama banyak duduk senyap-senyap dalam kereta.






Syahmi di sukan Little Caliph 2012




Bye bye.

Sabtu, 28 April 2012

March dan April

Disebabkan tidak tidur siang dan penat bermain, anak-anak mama tidur seawal jam 8.30 malam lagi. Abah bekerja malam di hari minggu. Mama dapat berehat awal :). Seperti biasa mama bukanlah seorang yang suka mengarang. Jadi, biarlah gambar yang bercerita.

March

Kerap demam dan muntah disebabkan tonsil yang tak sembuh-sembuh.

Aktiviti santai di rumah.

...


April
Kami ke Taiping

Banyak makanan sedap di sana. Jadi, bile ke sana sila cari, kuew teow dolli, mee udang, cendol bismillah, laksa taiping dan pasembor. Memang puas hati.

Tempat menarik di Taiping;
Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Burmese Pool dan macam-macam lagi.

Kami tinggal;
di Kamalodge Taiping (makanan kat sini sedap) dan Flenmington Hotel.

...


Sambutan hari lahir Syahmi di TLC Seri Serdang

Selamat hari lahir Rizq Syahmi, semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi teladan yang baik untuk adik-adiknya.


Syahmi di hari pertama di dunia :).

...

Ahad, 8 April 2012

Sibuk

Hari minggu pun mama bekerja. Sibuk dengan penyelarasan pencen SSMB pesara. Walaupun kami bekerja berkumpulan, mama rasa mama lah KULI mama lah BOS. Kasihan kat diri sendiri. Sentiasa pujuk hati buat kerja dengan ikhlas. Hanya Allah memahami. Harapnya, selepas mama keluar dari unit atau jabatan ini selepas sebulan dua lagi, mereka akan rasa sesal dan berpayahan akibat tabiat malas belajar dan sikap ambil tak tahu mereka. Tak sabar rasanya berada di pangkat dan gaji baruuuu!!!! Alhamdulillahh :). Mungkin juga ditempat kerja baru. Wahh tak sabar rasanya!!

Untuk hilangkan 'stress', mama asyik putar lagu yang sama.





wink wink masa untuk pulang :).

Selasa, 20 Mac 2012

Melihat Belon Udara Panas dan Meraikan Rakin Syahid :)

Syahmi beria-ia nak tengok belon panas. Ikutkan hati memang malas nak diturutkan..huhu. Hari sabtu lepas pagi-pagi lagi kami ke sana. Tiada apa yang menarik sangat. Walaupun awal pagi, kat sana dah penuh sesak dengan orang ramai. Nak beli tiket naik belon panas dah kehabisan pula, jadinya kami jalan-jalan jamu mata sajalah.


Murah betul rezeki anak mama Rakin, Cu Bah dan Unclenya belanja kami semua nasi ayam dan kek hari jadi hari minggu lalu. Mama sebagai tuan rumah cuma menunggu makanan dan tetamu datang saja...:p. Alhamdulillah. Semoga Cu Bah dan Uncle Min sentiasa murah rezeki.

Tetamu datang, Rakin tidur pula.

Abg syahmi yang lebih sebab 'birthday boy' tidur.

Kek dah tinggal separuh, 'birthday boy' baru bangun :).

Selamat ulangtahun kelahiran kedua, semoga menjadi anak yang soleh.
Amin Ya Rabbalamin.