Jumaat, 3 Jun 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 5

Putar balik ke pertengahan tahun 2006. Setelah bertunang hampir 6 bulan. Walaupun dalam kedudukan kewangan yang minina. Alhamdulillah abah & mama disatukan dengan persetujuan kedua-dua keluarga. Bermulalah laluan panjang di hadapan kami redahi bersama. Ada masanya, kami berada di jalan yang indah dengan bunga-bungaan. Ada senyum. Ada tawa ceria. Dan ada masanya, kami berada di lorong yang agak sempit lagi menyesakkan dada. Dan adakalanya terpaksa hadapi cabaran yang perlu dilalui dengan langkah yang penuh waspada. Namun, alhamdulillah apa jua keadaan jalan yang kami tempuhi, kami langkah dengan penuh kasih sayang, sabar dan cuba perbetulkan apa jua kekurangan.

Suamiku sayang,

Engkau begitu istimewa dalam diriku. Cintailah aku seperti aku mencintaimu. Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhan. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. Dan bimbinglah aku kerana aku perlukan bimbingan dari mu.

Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Isterimu.

Rabu, 1 Jun 2011

Saya Suka

Saya suka! Saya suka melihat sesuatu yang kreatif dan berseni. Ada beberapa laman kreatif dan seni membuatkan mood saya gembira dan teruja. Wahhh terasa sungguh bangga dengan orang-orang yang sedemikan. Hanya menggunakan fikiran dan tangan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Saya? mungkin tidak diasah bakat. Bakat terpendam begitu sahaja...(ahaha itu ayat perasan sendiri). Sebetul-betulnya, saya memang sukakan kraf tapi hanya suka melihat, menghayati dan memberi komen sahaja :p. Ok mari kita layan laman-laman yang menceriakan hari saya hari ini.


Kagum melihat buatan tangannya. Hanya menggunakan kertas. Semasa saya masih bersekolah. Saya pun terlibat sama dengan hobi ini. Bermain dengan gunting, kertas, pen dan gam. Siap ada koleksi kertas yang pelbagai warna dan jenis. Alkisahnya semasa saya bercinta dengan si suami, banyak jugalah hasil kerja tangan yang tak berbayar ditujukan kepada kekasih hati...ahaha. Tapi sekarang? Bayangan kertas pun tak ada di rumah :p. Meja ofis pun bersepah dan berserabut :p. Tak mengambarkan ciri-ciri kreatif pun :p.


Ini pula seni membuat ukiran pemadam atau stamp. Sungguh kreatif! buat saya tersangat kagum dan jeles! (Jeles memanjang :P).

Itulah dua laman yang mengubah mood saya pada hari ini :)

Kepada sesiapa yang minat gambar kanvas pula boleh lah tempah di sini. Yang ni mama Rakin dan Syahmi suka! Tapi suka je lah, sebab, kalau order banyak-banyak pula kan pelik pula rumah. Nanti tetamu keliru..ini rumah ke galeri gambar? hikhik.



...

Wink wink :)
Mama