Isnin, 30 Mei 2011

Basikal

Sebenarnya dah sebulan kami beli basikal ni. Basikal Syahmi, abah (tapi abah cakap itu basikal mama :P) dan baby carrier khas untuk Rakin yang comel :). Semalam, dengan jayanya membawa Rakin bersiar-siar dengan basikal. Comel sangat tengok dia mengeras dan statik duduk kat tempatnya. Mari kita tengok gambar-gambar kamu!

Tingginya mama..

Tengok mama..Rakin atas basikal sekarang!

Syahmi dengan basikalnya

3 hensem!

Baru berani nak sengih


...

Semenjak dua menjak ni mama malas nak berblog. Jadinya banyak yang gambar bercerita sahaja. Banyak perkembangan kamu sekarang. Terutama si Rakin yang makin banyak akalnya. InsyaAllah ada masa dan ada mood mama akan karang :)

Jumaat, 20 Mei 2011

Masak; Kek Karot

Dah lama oven mama tak panas. Kata abah benda tu perhiasan je. Bukan apa, anak kecil susah nak tumpukan perhatian di dapur. Alasan kan:P.

Kek pertama mama kali ini adalah kek karot. Kek kali ini dibuat menggunakan blender sahaja. Sebabnya, mixer di pinjam adik dan tak dipulang-pulangkan lagi. Nasib baik menjadi juga walaupun ada yang tersalah langkah. Maklumlah lama benar mama tak buat kek.

Sudah siap dibancuh. Sedia dibakar!


Dah masak.


Bila diterbalikkan buruk je rupanya. Haha.


Ini deko ekspres...Bila makan sedap juga. Macam menjadi! Yeay!


Haha punya semangat mama nak cerita dalam ni. Inilah hasil kali ni. Suami makan. Rakin makan. Banyak! Sedap kot :p. Syahmi? Dia awal-awal lagi cakap tak suka. Resepi? Ambil kat sini.

Khamis, 19 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Syahmi dan Rakin terlewat bagi hadiah kat teacher. Sebabnya Syahmi dah beberapa hari tak ke sekolah kerana demam dan muntah-muntah. Untuk hari guru, Syahmi dan Rakin hadiahkan apam dot-dot kat teachers diorang.

Apam nya lebih kurang macam inilah.


Mama tempah kat jiran kita kat sini. Sedap kata Syahmi. Mama kena belajar buat ni :)

Rabu, 18 Mei 2011

Lovely Blog Award


Dapat award yang lovely dari Yanie yang jauh di Belanda. Tq..miss u.

Cara-cara :
1. Copy imej award pada entry baru anda.
2. Buat link pada pemberi award.
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan diri anda.
4. Tag pula 15 blogger pilihan anda.
5. Alasan kenapa tag blog mereka.

7 perkara mengenai saya :
1. Saya tak suka bunga-bungaan. Tak kiralah hiasan rumah, pakaian dan sebagainya. Saya suka abstract dan selain dari bunga!
2. Saya sangat suka kamera tapi telefon tangan saya tak ada kamera pun.
3. Saya orang IT tapi tak berminat dengan gajet-gajet canggih dan lansung tak ikut peredaran semasa.
4. Saya seorang yang simple.
5. Saya suka luangkan masa bersama keluarga dan buat aktiviti dengan mereka.
6. Saya suka makanan yang sedap.
7. Selalu berfikir bila nak berbelanja. Haha kedekut ke?

Saya mahu tag kawan-kawan saya yang aktif berblog. Dan, saya suka baca cerita-cerita mereka :).

1. Nisah
2. Tini
3. Lydzar
4. Miah
5. Diana
6. Ruziana
7. Kak Mieja
8. Mama Muqryn
9. Yanie

Ini sahaja kawan blogger saya. Tak ramai pun...:))). Saya tag diorang sebab saya suka baca cerita dan dapat kutip ilmu-ilmu dari blog mereka. wink2.

Selasa, 10 Mei 2011

Ingin; Bertemu Cinta

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya





...

Ingin tengok.

Isnin, 9 Mei 2011

Migrain dan Baju

Assalamualaikum.
Hari ke 3. Rasa sakit kepala sudah berkurangan. Tapi, segala pergerakan masih dilakukan dengan volume perlahan.

Teruk rasanya. Sampai cakap mengarut dengan si suami :O. Yerla, tak pernah sakit kepala seteruk ini. Rasa bendenyut-denyut di bahgian kanan kepala dan senak mata. Pagi semalam memang tak boleh lelap sangat. Tak tahan. Aku duduk termenung di katil dan di bilik air. Muntah angin. Akhirnya mandi pagi sebelum 6 pagi. Cepat-cepat makan apa yang ada dan telan 1 biji ubat tahan sakit dan 1 biji panadol. Sejam kemudian, tahan sedikit rasa sakit. Peliknya bau yang juga aku tak boleh tahan. Nak kata aku pregnant..tak mungkin :p.

Jadinya, aku cari maklumat pasal migrain. Mari kita tengok!


MIGRAINE

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

Pemakanan
1.Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. - Cheese? Aku telah bedal cheese yang banyak. Sehari sebelum, aku order cheese tart dan makan cheese kek yang suami Mag buat.

2.Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

3.Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

4.Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

5.Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

6. Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

1.Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung - Tak mungkin mengandung!
2.Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. - Belum datang haid, sudah lambat 2 hari. Betulla kot migrain ni tanda-tanda nak datang haid
3.Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
4.Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara Hidup
•Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. - Memang sudah lama kurang tidur.
•Pemakanan yang tidak teratur
•Pengambilan ubat.

Penyebab-penyebab lain
•Perubahan cuaca. - 2 hari ni cuaca panas yang amat.
•Cuaca terang matahari atau lampu.
•Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
•Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. - Dah memang kerja mengadap komputer.
•Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (tensionnnnn)
•Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
•Merokok.

Rawatan
Rawatan tanpa ubat-ubatan
•Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (lihat di atas).
•Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
•Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.
•Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.
•Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
•Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.
•Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkinjuga berkesan

...

Bila baca ni, memang banyak yang betul persamaan. Yang lawaknya, cheese tart tu. Aku memang suka cheese. Si suami sampai cakap..'Itulah kuat sangat makan cheese tart...sampai tinggal satu jer kat saya.' Haha betul ke satu je cheese tart yang si suami dapat makan. Punyalah banyak..satu je dia makan.

Lawak kedua, ada kaitan dengan tajuk hari ni Migrain dan Baju. Hari ni aku pakai baju terbalik. Yang sebelah belakang di depan dan sebelah depan kebelakang. Siap pergi hantar Rakin ke nursery, ke kedai beli sarapan, hantar Syahmi ke sekolah dan ke klinik. Nak balik ke rumah barulah aku perasan aku pakai baju terbalik. Haha sewel dah!...:P

Sabtu, 7 Mei 2011

Rakin; Rambutnya...

Tengok rambutnya! Dah beberapa kali cikgu-cikgunya buatkan Rakin rambut pacak ala ultraman. Bagi mama ok je..tapi diorang pakai produk apa buat rambut macam ni? Bimbang makin sikit je rambut anak mama ni..:p

Rakin belum pernah cukur licin rambutnya. Itu rambut asal Rakin sejak dalam perut mama. Mungkin bila cukur nanti rambut Rakin jadi lebat. Tunggulah.

Comel tak rambut Rakin?


Rakin yang asyik berjalan ke situ sini dengan makanan di tangan. Nasi dah kurang makan sebab mengunyah sepanjang masa.

Jumaat, 6 Mei 2011

Gambar; Majlis Rizq Syahmi & Rakin

Tarikh : 29 April 2011
Menu : Nasi Kerabu
Lokasi : Pasir Mas, Kelantan (Kampung abah)


...

Tarikh : 1 Mei 2011
Menu : Laksa Kelantan, Laksa Penang dan Laksam
Lokasi : Machang, Kelantan (Kampung mama)


...

Sepupu Syahmi dan Rakin yang baru...Nureen Syarhah...comel sangat!


...