Jumaat, 19 Jun 2015

Google Menu Berbuka

Disebabkan mencari-cari menu berbuka, saya membuka blog yang telah agak lama tidak dijenguk oleh tuannya sendiri. Membaca-baca kisah yang lama membuat saya berfikir panjang apa yang menyebabkan saya sudah agak lama tidak meng update di sini. 

Anak saya masih 3
Haha ada orang kisah ke anakku masih 3 :D. Target tahun 2016 saya kan tambah yang 'bongsu'...insyaAllah. Perancangan yang panjang semoga Allah memberikan yang terbaik. Banyak cerita yang mama nak cerita pasal anak-anak. Alhamdulillah semuanya dah  besar dan cerdik. Abang Syahmi sudah darjah 2, puasa di hari pertama ramadhan kali ini, prestasinya agak bagus dari tahun lepas, senang dikejutkan pada sahur dan nampak sangat bersabar sehingga berbuka. Semalam abang syahmi terus tertido selepas solat maghrib. Cerita kedua, cerita alhamdulillah abang syahmi dipilih sebagai pengawas percubaan. Sejak dia menjadi pengawas percubaan, mama nampak syahmi lebih berdisiplin... setiap hari mengelap kasutnya...hehe. Semoga syahmi berjaya.

Rakin
Sudah 5 tahun. Masih belum faham tentang puasa. Hari pertama bersahur. Di sekolah berpuasa. Balik rumah... sedang mama memasak di dapur dan sedang mama menjaga Rania agar makan di dapur, rupa-rupanya pada masa yang sama si Rakin sedang rakus makan Honey Star di ruang tamu sambil menonton televisyen...tak sampai sejam lagi anak oii!. Abang Syahmi pun tidak mengadu apa-apa... hanya melihat...ahaha. Tapi tak apalah..kira puasa juga!

Rania
Suka bercakap. Petah berkata-kata. Macam abang Syahmi. Orang bercerita..dia pun nak bercerita. Ok jom layan gambar-gambar kita.

 Sukan sekolah abang Rakin

 Rania

 Syahmi 8 tahun


Sekarang layan gambar-gambar mama ke KOREA :|...nak selit juga tuu...haha





























Tata..untuk hari ini atau mungkin tahun ini :p

Jumaat, 26 Julai 2013

Antara Kulat, Ramadhan dan Setahun

Alhamdulilah sudah separuh Ramadhan kita lalui..ada separuh lagi yang perlu kita tempuhi. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga. Allah mudahkan abang Syahmi untuk belajar berpuasa. Alhamdulillah abang Syahmi dengan rela hati berpuasa, setakat ini hanya sehari tinggal puasa..itu pun sebab syahmi pening dan muntah-muntah. Paling sayang hanya beberapa minit nak azan maghrib..abang Syahmi dah mula nak menangis minta air...apa lagi bagi sahajalah dia berbuka...syahmi berpuasa pun dah jauh bagusnya. 

Puasa kali ni pun mama rasa sungguh senang hati, sebab bos bagi kelonggaran kepada pekerja yang tinggal luar putrajaya untuk pulang 4.30 petang. Jadi, mama sampai ke rumah sebelum jam 5.30 petang dan sempatlah mama menyediakan juadah berbuka. Adala sekali dua abah belikan makanan kat param.



Rakin dan kulat. Lupa nama kulat tu, yang mama ingat kulat tu tumbuh ditempat yang lembab...tandas, sinki, dinding dan ekon. Leceh betul bila Rakin alah kepada kulat..mula-mula dia dapat alergik, muka dan badannya bengkak-bengkak merah macam kena ulat selepas pulang dari masjid. Puas difikir apa yang budak ni alergik sampai berminggu-minggu. Buat ujian alergik di Azzaharah Bangi, tapi biasalah seminggu baru dapat result. Rakin pula susah betul makan ubat, jadi kami ni setakat boleh sapu ubat sahaja. Alhamdulillah sekarang dah kurang naik.

Alhamdulillah anak perempuan cukup setahun hari ini. Budak banyak cakap, banyak main dan banyak makan :). Mama doakan semoga anak mama ni membesar menjadi anak yang solehah,sihat,murah rezeki, bijak dan sentiasa menjaga batas hidup dan agama.

Bila kamu mahu jalan yer.  Sedihnya mama hanya mampu fully breastfeed sehingga 11 bulan sahaja. Sekarang Rania sudah campur minum susu kambing. Kali ni mama sediakannya susu kambing keluaran Hijjaz Marketing - Better Goat. Bagus dari segi bungkusannya dalam bentuk balang 500g. Dulu mama sediakan Rakin susu kambing juga, tapi susu kambing jenama Higoat, agak leceh sikit bila bentuk bungkusannya dalam bentuk sachet. Oleh kerana susu kambing mahal harganya, untuk dapat harga yang murah kami jadi stokis dan pengedar :D, jadi sesiapa yang berminat nak beli, bolehlah berurusan dengan kami. wink wink.

Hai :) Saya dah setahun.