Isnin, 28 Februari 2011

The Little Caliph Ke Pusat Sains Negara

Pagi ini, syahmi join trip sekolahnya ke Pusat Sains Negara. Syahmi teruja. Abah dan mama bimbang. Maklumlah pertama kali menyerahkan anak untuk cikgu mengawasi di luar sekolah. 'Mama, bila syahmi nak naik bas? Syahmi nak naik bas dengan kawan-kawan. Nak tengok dinosaurs.' Itulah soalan harian Syahmi sejak 2 minggu lalu. Alhamdulillah hari ini tiba jua harinya. Semangat! pagi ini pakai stoking dan kasutnya.

Sempena Syahmi nak pergi trip, Mama,abah dan adik sama-sama hantar Syahmi ke sekolah. Kebetulan nak bawa Rakin ke klinik. Sebab, adik dah 2 hari kena ulser. Mama tengok abah macam susah nak lepaskan Syahmi jer. Haha.

Entah gambar siapa. Mama kopikat dari internet. Inilah dinosaur yang Syahmi sedang lihat.


Selesai adik ke klinik. Kami singgah kat sekolah Syahmi semula. Dari kejauhan kami tengok Syahmi naik bas. Syahmi tak nampak pun kami. Ada 2 buah bas yang disediakan untuk membawa pelajar-pelajar TLC Sri Serdang ke Pusat Sains Negara. Kelakar tengok budak-budak naik bas dalam keadan berbaris macam ulat gonggok, yang mana kedua-dua belah tangan memegang bahu kawan dihadapannya. Ada juga ibubapa kelihatan seperti wartawan. Sibuk mengambil gambar anak-anak semasa naik bas. Mama? Mama lupa bawa kamera mama..haha macam tak berapa logik. Jadinya, Syahmi tiada gambar bukti.

Mama dan abah berharap Syahmi gembira hari ini. Pulang nanti cerita kat mama yer. Mama tak sabar tunggu petang ni. Mama bimbang kalau Syahmi terk*****g dalam bas atau masa tidur. Huhu. Semoga semuanya berjalan lancar.

Mama yang bimbang.

Hari Keluarga; Mama

26/2/2011 pertama kalinya kami sertai hari keluarga ofis mama. Yelah, selama 7 tahun kerja kat sini, mama tak pernah join hari keluarga. Harhar bukan anti sosial yer. Malas pun ya dan ada aral yang melintang ya. Kali ni pun berapa kerat jer yang join.

Tempatnya di A Famosa Water World. Jam 740 pagi lagi kami bertolak dari rumah. Ingatkan jauh bangat A Famosa ni, rupanya tak sampai sejam kami dah sampai, 830 pagi. Syahmi pula sibuk tanya mama nak pergi mana, 'Macam nak pergi pantai je mama' 'Macam nak main air je mama', sambil tengok peta yang diberikan oleh pengajur. Mama memang tak mahu bagitau Syahmi awal-awal sebab takut bila sampai sana Syahmi terus nak main air. Jadinya, alhamdulillah mama tak sangka walaupun anak mama ni seorang yang pemalu, syahmi tetap join permainan-permainan yang dianjurkan. Oklah tu budak 3 tahun join sukaneka, tak sah kalau tak kalah. Haha. Abah? Abah pun mestilah sporting habis.





Mama lupa bawa kamera. Ini gambar-gambar dari kawan ofis


Selepas acara-acara hari keluarga, barulah kami masing-masing buat acara bebas. Sempat juga lah Syahmi buat drama masa nak main air. Huhu. Merajuk, lama juga mama kena pujuknya. Sampai berguling-guling depan orang ramai. Malu juga mama seposen. Sebabnya, mama tak faham apa yang Syahmi nak, mulalah Syahmi nak marah dan merajuk. Ikut perangai siapalah itu. Haha.

Rakin pula, agaknya penat, dalam air pun boleh dia tertidur lena. Budak kecil ni memang lucu.

Mama ada satu cerita, semalam kami ke jusco equine. Mama rasa pelik bila seorang nenek yang cantik itu bagitau dia tegur abah sebab...'Gigi suami awak ni cantik..itu sebab makcik rasa nak tegur je dia'. Erkkk haha biar betul makcik ni.

Raja @ Mama. Wink-wink.

Khamis, 24 Februari 2011

Antara Red Velvet, Macaron & Cheese Tart

Jalan-jalan jenguk blog. Ada 3 makanan ni buat mama rasa lapar. Bukan tak ada kerja, tapi sebab tak tahu nak buat kerja. Berehat dulu. Yelah, kerja dengan benda ni, maka tak sah tak jenguk-jenguk internet. Sebelum mendapat ilham, mari kita bercakap pasal makanan.

Pertama, mama memang dah lama nak makan kek red velvet. Sebabnya? baca testimonial dan ada kawan-kawan yang tengah cari-cari kek ni. Jadinya, mama tanya mr google yang serba tahu. Resepi simpan dulu. Buat tak tahu bila lagi. Ha ha.

Resepi Red Velvet Cake
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – guna tepung kek
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B - campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara boleh tengok sini..:) Cik Min

Meleleh air liur.


Kedua, pernah mama cari mana nak dapatkan Macaron. Hari ni dah jumpa dari kawan maya. Boleh tengok sini. Penyumbang kencing manis semua ni :P.

Yum yum sedap nih


Dan ketiga, cheese tart. Yang ni mama terbayang-bayang kat rumah. Haha ada dalam peti ais rumah. Bawa ofis, segan pula tak kongsi dengan kawan-kawan ofis. Sekelip mata habis. Mama punya jiran yang buat. Semua cakap sangat sedap.

Iklan tak berbayar :p


Nak tunggu juga mama menggunakan microwave oven mama nih. Dah lama tak sentuh. Har har.

Syahmi Susah Makan

Beberapa hari ini syahmi begitu susah makan. Bila disuap ke mulut, syahmi mengeluarkan semula makanannya. Sebelum ini syahmi sangat mudah nak makan dan tak cerewet. Lebih memelikkan mama, syahmi muntah! Bila ditanya, dia cakap dengan dia kenyang sangat. Padahal baru je dia bagitau, dia tak makan nasi tengahari sebab cikgu bagi lauk daging dan sayur yang tak dipotong kecil-kecil. Itulah, setahu mama syahmi cuma tak berapa suka daging. Dan sayur mestilah dipotong kecil-kecil. Sekecil memotong daun bawang yang nak diletakkan didalam sup. Ho ho. Dan dah 2 kali mama cakap kat cikgu Syahmi supaya sediakan Syahmi sayur dalam saiz yang kecil. Tapi, sampai ke hari ini Syahmi bagitau cikgunya bagi sayur yang besar. Segan mama nak bagitau cikgu banyak kali. Nanti dikata cerewet pula. Kasihan Syahmi :(.


Kenapa ye? Yelah, rasa sedikit stress kalau anak susah nak makan. Kita sediakan dia macam-macam makanan. Tapi kita yang kena habiskan semua. Lagi susah hati kalau tengok anak semakin kurus. Semalam mama dan abah bincang-bincang. Agaknya ada beberapa sebab syahmi tak ada selera makan.

1. Dah bosan dengan hidangan makanan yang lebih kurang sama setiap hari.
2. Nak makan masakan mama.
3. Dah tak suka makanan bersup.
4. Sebab suka makan makanan segera, macam nugget, daging burger dan sebagainya.
5. Badan dah masuk angin. Bila makan muntah!
6. Beralih bulan ( ha ha budak 3 tahun ada peralihan bulan juga rasanya)
7. Penat.
8. Mama rasa sebab CACING! (Ada kaitan ke? Sebab dah lama syahmi tak diberi ubat cacing.)

Kalau diberi vitamin, Syahmi susah nak makan suplement/vitamin kalau dalam bentuk pejal ni. Kalau bentuk cecair senang. Tapi takpe, nanti mama cuba cari vitamin yang lebih menarik lagi. Kalau ada kawan-kawan nak bagi cadangan lagi bagus.

Semalam, jenuh Syahmi nak habiskan nasi, walaupun baru 5 mulut mama menyuapnya. Kasihan Syahmi.

Selasa, 22 Februari 2011

Sedihlah. Rindu Lebih Tepat



Bila baca mesej tok ayah ni.
Sedih rasa. Baru semalam mama bertanya khabar.
Agaknya tok ayah suyi atau tak tahu nak buat apa.
Mukabuku juga jadi salah satu rutinnya.

Kami pun rindu tok ayah.
Sob sob :(

Umur panjang...
Ada rezeki...
10 tahun lagi kami balik menetap di sana.
InsyaAllah.

Isnin, 21 Februari 2011

Enjit-Enjit Semut Siapa Sakit Naik Atas

Pagi-pagi datang ofis tulis blog dulu. Tadi mama hampir-hampir nak balik rumah tukar tudung sebab dalam kereta mama baru perasan tudung mama tak ngam lansung dengan baju. Lampu yang malap kat bilik menipu penglihatan mama. Terus mama hantar sms kat abah tanya kenapa tak tegur mama pakai tudung tak ngan dengan baju. Abah balas 'Xpela. Janji comel dan ayu'. Harhar..terus mama terperasan sendiri. Sebab laki yang cakap macam tu kira oklah. Kuang-kuang.

Disebabkan menonton cerita Hantu mak limah balik rumah, syahmi menyanyi-nyanyi lagu enjit-enjit semut siapa sakit naik atas. Syahmi tak tengok pun ceritanya..takut. Tapi boleh tangkap apa yg hantu/org gila tu nyanyi. Hahah memang lawak cerita ni! (cerita dah basi mama baru boleh tengok).

Aktiviti mingguan macam biasa. 2 Hari cuti diisi dengan melayan karenah anak-anak. Masing-masing dibenarkan membuat gaya bebas. Rakin yang lucu, sudah pandai nak mencantumkan lego. Kelakar tengok telatahnya yang mengomel sendiri sebab tak berjaya mencantumkan lego. Kadang-kadang nangis sendiri. Frust agaknya.

Body guard. Mama dah ada body guard. Syahmi mengesyorkan dirinya jadi ultraman. Raksasanya abah. Yelah, sebab abah selalu mengusik mama. Haha. Rakin pun sama. Siap menangis lagi kalau abah membuli mama. Abah memang tak dibagi peluang membuli mama lagi. Mama suka.

Bak kata syahmi.
Mama baik sangat.
Abah baik sikit je. :P.

Cuaca panas. Syahmi dan Rakin silalah tengok gambar kamu main air.






Syahmi menyusun mainannya.

Sabtu, 19 Februari 2011

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah....

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu. Layanlah suami, ”offer" lah pada suami,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita.

Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita.
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Allah ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan. Ku tak layak ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas darimu,"

"Ya Allah. Jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya) :

"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini sebanyak 10 kali:
"Laa ilaaha illallah!"

Ini bukan mama yang tulis. Mama salinnya dari laman blogger yang lain. Sangat bagus. Sama-sama jadikan ia ikhtibar dan pengajaran.

Jumaat, 18 Februari 2011

Rakin ; Selesema & Batuk Berkahak

Itu dulu. Dulu-dulu masa umur Rakin 1 hari hingga sebelum mama jumpa ubat selesema, batuk dan kahak yang sesuai dengan Rakin, Rakin selalu melawat klinik. Pernah 2 kali ditahan wad. Pernah rujuk pakar hidung. Nasib baik hidungnya normal. Cuba petua itu. Cuba petua ini. Sehinggakan setiap 3 minggu Rakin kena follow up dengan pakar budak di Azzaharah, Dr Nik Rus.

Alhamdulillah. Sekarang. Rakin payah untuk mendapat batuk, selesema dan tidak pernah berkahak lagi. Harap ia berpanjangan sampai bila-bila. Kesian Rakin kalau semua tu berlaku lagi.

Apa yang membebaskan Rakin dari semua tu. Jawapannya sarang burung walit. Masa tu mama dengar-dengar je. Suruh abah beli . Tapi abah beli air sarang burung walit. Tapi Rakin..susah nak minum kalau selain susu mama. Tak dapat membantu walaupun melegakan.

Akhirnya mama beli walit gold dari kawan mama. Mahe benor harganya. Tapi mama beli juga. Cuba tak salah. Mama fikir kalau tak dapat membantu Rakin, kami sekeluarga pun boleh makan. Rakin 3 hari makan dah nampak kesannya.

Apa yang mama tertarik sangat dengan walit gold adalah sebab fungsinya;

# Menyembuhkan batuk, kahak, sakit tekak, selesema dan demam dalam masa yang singkat.
# Agen terbaik dalam memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru bagi penghidap asthma/lelah.
# Menguatkan sistem imunisasi tubuh.
Banyak lagi fungsinya. Tapi mama cuma pentingkan fungsinya yang ini.

Sebab lain? Tok mi Rakin suruh cuba.

Mari kita tengok rupanya. Copy gambar dalam internet. Pemiliknya minta izin ya.



Sekarang. Rakin susah dapat selesema. Susah dapat batuk. Susah berkahak. Kalau semua tu datang sekejap je ok.

Jadi. Siapa-siapa yang ada masalah sama, sila cuba. Tak salah mencuba.

Mama suka.

Khamis, 17 Februari 2011

Senaman Kempiskan Perut

Dulu-dulu tak pernah buat.
Sekarang lagi la tak pernah buat.
Entah macamana hari ni mama rajin.
Bertanyakan mr google.
Serius. Mama nak cuba.
Tak salah kan.



Ambil nafas.
Releks.

Sayang Makan Apa?

Apa tu?
Saje mama nak bagitau.
Itu soalan yang selalu mama dapat.
Dari dulu sampai sekarang.
Tak kira sms atau panggilan.
Kalau mama tak dapat pertanyaan dalam sehari. Rasa peliks.
Tak penat ke?
Tak busan ke?
Entah.
Mama suka.
Walaupun mama suka tanya takde soalan lain ke?
Tapi kenyataannya..mama suka.

p/s: Baru dapat sms 'Syg makan apa?'.

Ok itu saje nak cerita.
Hehe.

Ohh hari ni sakit kepala. bye :)

Rabu, 16 Februari 2011

Maulidul Rasul

15 Feb 2011. Sempena maulidul rasul, mama ceritakan Syahmi dengan cerita berkaitan hari lahir. Mama bacakan Syahmi buku cerita Jana dan Tina. Sempena hari lahir Tina, bapa Tina hadiahnya ikan. Di situ mama cuba selit dan terangkan kepada Syahmi tentang Maulud Nabi.

Pada tarikh ini adalah salah satu hari yang paling bersejarah dalam sejarah Islam. Pada 12hb Rabiul Awwal 1429 Nabi Muhammad dilahirkan. Dah lebih 1000 tahun Nabi Muhammad saw meninggalkan kita. Jangan ingat tarikh ini hanya sekadar public holiday sahaja ya. Itu ingatan untuk mama, abah, Syahmi dan adik.

Selepas cerita. Kami sama-sama selawat.

Malamnya, Syahmi menyuruh abah membacakannya buku yang sama sebelum tidur. Itulah kali pertama abah bacakan Syahmi buku cerita sebelum tidur. Hehe betul kan abah ;P

Khasiat Surah Al-Waqiah

Mama.
Surah Al Waqiah.
Jadikan amalanmu.
Semoga rezeki itu sentiasa hadir.
Amen.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Isnin, 14 Februari 2011

Hari Lahir

Setiap kali tibanya 13 Feb. Mama resah. Kenapa? Sebab itu adalah ulangtahun hari lahir abah. Mama yang terlebih excited nak beli itu ini kat abah. Tapi abah nak tak nak jer. Tahun ni mama kumpul duit untuk abah. Siap warning kat abah. Jangan usik duit tu mama mahu beli hadiah kat pakwe mama. Tapi abah simpan duit tu dalam akaun mama. Bila mama bagi duit kat abah. Abah pergi bayar saman kereta dan selebihnya simpan dalam akaun mama lagi. Mama bukan apa, mama kesian tengok handphone abah. Beteri susah nak charge. Rupa sangat teruk, calar situ sini. Kejap mati kejap hidup. Skrin pun kadang-kadang bertukar warna. Tak faham kenapa abah suka sangat handphone tu. Huhu sedih tengok handphone abah. Ngeh ngeh.

Tapi takpe lah. Hadiah mama untuk abah adalah doa. Tak kiralah selepas solat atau di masa-masa mama teringatkan abah, mama sentiasa pohon doa kepada Allah. Semoga abah tergolong dikalangan orang beramal soleh, dipanjangkan usia, diampun dosa, senantiasa dilindungi, menjadi anak, suami dan bapa yang soleh serta sentiasa dimurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Buruk mana pun layanan mama kat abah. Sebenarnya mama sangat sayang abah. Haih sedih pulak mama ni :p. Selamat hari lahir ke 31.

Love u abah.
4ever.

Mama

Handphone kesayangan abah

Semalam sepakat nak selebrate birthday abah. Jemput adik beradik. Alhamdulillah. Walaupun simple. Tapi meriah. Tq abah.


Sabtu, 12 Februari 2011

Syahmi & Kawan

Mewarna. Syahmi sangat suka mewarna. Kawan-kawannya juga ikut sama aktiviti mewarna syahmi. Abah jadi penyelia.




Mama suka tengok hasil warna syahmi. Ada hasil kerja Syahmi mama framekan ;P

Jumaat, 11 Februari 2011

Makanan

Busan. Hari ke 5 mama tak pergi kerja. Jadi misi untuk anak. Alhamdulillah Syahmi makin ok. Bertihnya dah kering dan jadi kuping. Satu je yang bernanah.

Mula-mula, mama nak tunjuk rezeki Rakin pagi ini. Sedih. Kenapa susu kurang memberansangkan? Sebab pump manual yang mama guna ke? Pump spectra tengah servis. Sudah 3 minggu. Bilalah lunatot nak call mama. Belum Siap.



Haha. Sebelum karang pun mama nak tergelak. Mari kita tengok menu simple untuk Syahmi pesakit bertih dan Rakin budak kecil. Jeng jeng jeng.

Ikan selar kuning bakar


Sup sayur


Dan ikan goreng untuk mama. Mesti abah pun tengah gelakkan mama. Makanan febret mama :p.

Accident dan Tak Suka

Cerita lama. Abah Rakin dan Syahmi eksiden lebih 2 minggu lepas. Ketika abah call mama cakap dia eksiden, mama tader fikir lain dah. Luka? Berdarah?. Risau. Takut kalau dia luka. Luka sedikit pun darah susah nak kering. Kalau luka besar? Huh. Nasib baiklah abah hanya luka kecil dan lebam-lebam je. Paprik yang mama kirim dan topi keledarnya melayang entah ke mana. Baju baru, seluar baru dan rim tayar baru K.O. Selepas eksiden abah pengsan, orang sekeliling yang angkat bawa abah ke klinik. Motosikal? Melayang RM500++. Bukan tak nak claim takaful. Tapi maklumat si pelanggar tader. Kata abah tak sempat nak fikir panjang masa tengah sakit. Sampai hari ini masih nampak urat-urat abah bengkak. Belum pulih.

Tak suka.

Mama tak suka abah bawa motosikal jauh-jauh. Tapi abah tak suka bawa kereta. Jem!
Tak suka kalau abah ber sms dan call sana sini masa bawa motorsikal. Pernah sekali abah hantar sms kat mama 'Syg nampak tak abg kat sebelah? hehe'. Masa tu abah tengah bawa motosikal. Mama tengah bawa kereta. Mama tak layan. Tapi abah saje nak mama marah. Call mama pula. Adeh. Memang tak mendengar kata.

Penyelesaiannya.

Mama mengadu kat kakak-kakak abah. Hehe. Padam muka abah. :P.

Khamis, 10 Februari 2011

Rakin Syahid ; 11 bulan

Gelap cerah, gelap cerah dah 11 bulan dah. Cepat benar rasanya masa berlalu, banyak perubahan dan perkembangan Rakin. Seronok tengok gelagatnya sekarang! Budak tecik yang lucu! Kuat makan! Makan! Makan! Makan! Mama rasa itu sahaja yang ada dalam kepala Rakin sekarang. Budak yang baru nak rasa nikmat dunia. Tolong ingatkan mama belikan Rakin grape water. Haha sendiri kena ingat la. Sudah 2 malam Rakin macam kembung je. Mama lah mangsanya. Macam-macam dah Rakin makan, pulut, kelapa, puding, kek, biskut, pisang salai dan banyak lagi. Semua hantam masuk mulut.





Ini gambar terbaru Rakin. Macam-macam aksi dia sekarang. Seronok tengok perkembangan anak di depan mata. Mama juga seronok bekukan aksi-aksi Rakin. Kesah apa kata orang? Kamera mama. Masa mama. Anak mama! Haha.

Apa Rakin boleh buat sekarang? Rakin boleh berdiri tanpa berpaut. Rakin boleh buat 2 3 langkah. Itu perkembangan yang ketara! Bercakap? hehe tidak! Rakin hanya boleh sebut 'emma' 'abaa' 'aaaa' 'eeee'. Sabar. Tapi...Rakin dah boleh babai. Suka benar dia membabai. Seronok aje.

Dan. Alhamdulillah sampai ke hari ini Rakin masih minum susu mama sepenuhnya. Syabas mama! Bagus Rakin.

Ok itu sahaja pasal kamu Rakin. Bye :)


Susut

Haduh. Sabar.
Lebih seminggu tidak mengepam.
Hari ini hasilnya sungguh dukacita.
Belek balik buku lama
Berusaha!

Rabu, 9 Februari 2011

Bertih @ ChickenPox




Ohh Rizq Syahmi naik bertih. Ingat kudis. Kali kedua syahmi ke klinik barulah sah naik bertih!

Tidak aktif.
Tiada selera makan.
Demam.
Penat.
Kasihan Syahmi.

Mama copy petua ni dari rakan blogger.

Petua:

1) Gatal. (Pakaikan syahmi seluar dan baju berlengan panjang nak elak dia menggaru)
2) Untuk buat semua benda ni keluar cepat, amalkan minum air kelapa muda. (Dah terlanjur bagi ubat antibiotik, kawan cakap ubat tu terus menahan bertih dari keluar)
3) Kerapkan mandi supaya benda ni cepat kering. (Doktor bagi ubat warna purple untuk mandi, kata syahmi 'mandi dengan air rebina'.
4) Pantang makan makanan bergoreng ni. Kurangkan gatal.
5) Jangan makan kicap. Nanti berparut. (Boleh dipercayai ke?)
6) Jangan bagi kena hujan untuk elak berparut.
7) Untuk elak merebak, set kat mesin basuh baju temperature tinggi sikit. Bersih sikit. (ohoh mama tak ada mesin basuh yang boleh setkan suhu)

Hari ini masuk hari ke 4 mama bercuti.
Masuk hari ke 5 syahmi naik bertih.
Bestnya tak pergi keje :)

Rabu, 2 Februari 2011

Memulakan Itu Susah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hendak memulakan itu susah.
Mama sukakan gambar.
Biarlah hanya gambar yang bercerita.


3.6.2006 2 hati disatukan


25.4.2007 Lahirnya cinta hati kami


9.3.2010 Lahirnya kegembiraan kami


Kami sekarang!

Yeay! mama dah mulakan blog baru.
Mama harap saat indah kita bukan dipermulaan sahaja.
Harap ia sampai bila-bila.
Mama suka coret dan bekukan saat indah kita.
Moga ia jadi tatapan kamu.
Mama sayang kamu semua!