Isnin, 28 Februari 2011

The Little Caliph Ke Pusat Sains Negara

Pagi ini, syahmi join trip sekolahnya ke Pusat Sains Negara. Syahmi teruja. Abah dan mama bimbang. Maklumlah pertama kali menyerahkan anak untuk cikgu mengawasi di luar sekolah. 'Mama, bila syahmi nak naik bas? Syahmi nak naik bas dengan kawan-kawan. Nak tengok dinosaurs.' Itulah soalan harian Syahmi sejak 2 minggu lalu. Alhamdulillah hari ini tiba jua harinya. Semangat! pagi ini pakai stoking dan kasutnya.

Sempena Syahmi nak pergi trip, Mama,abah dan adik sama-sama hantar Syahmi ke sekolah. Kebetulan nak bawa Rakin ke klinik. Sebab, adik dah 2 hari kena ulser. Mama tengok abah macam susah nak lepaskan Syahmi jer. Haha.

Entah gambar siapa. Mama kopikat dari internet. Inilah dinosaur yang Syahmi sedang lihat.


Selesai adik ke klinik. Kami singgah kat sekolah Syahmi semula. Dari kejauhan kami tengok Syahmi naik bas. Syahmi tak nampak pun kami. Ada 2 buah bas yang disediakan untuk membawa pelajar-pelajar TLC Sri Serdang ke Pusat Sains Negara. Kelakar tengok budak-budak naik bas dalam keadan berbaris macam ulat gonggok, yang mana kedua-dua belah tangan memegang bahu kawan dihadapannya. Ada juga ibubapa kelihatan seperti wartawan. Sibuk mengambil gambar anak-anak semasa naik bas. Mama? Mama lupa bawa kamera mama..haha macam tak berapa logik. Jadinya, Syahmi tiada gambar bukti.

Mama dan abah berharap Syahmi gembira hari ini. Pulang nanti cerita kat mama yer. Mama tak sabar tunggu petang ni. Mama bimbang kalau Syahmi terk*****g dalam bas atau masa tidur. Huhu. Semoga semuanya berjalan lancar.

Mama yang bimbang.

4 ulasan:

  1. Hehe... kalau ikutkan nak jugak hantar anak-anak ni ke sekolah hari ni, tapi disebabkan ada tender nak kena submit hari ni, terpaksa juga datang office macam biasa.

    Muqry bukan main excited. Cuma Nuryn aje yang tak berapa seronok nak pergi dengan kawan-kawan, dah beberapa kali dia asyik ulang.. "adik nak pergi dengan ibu". Jadinya, kami kat rumah pun tak cakap sangat pasal trip ni.

    Harap2 semuanya berjalan lancar, yang paling merisaukan takut diaorng nak pergi toilet masa dalam bas. Mana pulak bas nak berhenti.. huhu

    BalasPadam
  2. hehe mesti dah tau citer kan? Bila ditanya naper..'Syahmi cari teacher takde, syahmi cakap slow..nanti kalau syahmi cakap kuat..teacher sakit telinga pulak.' Haduih ada je jawapannya. hehe.

    BalasPadam
  3. Oo.. tak de pulak budak2 cerita pasal Syahmi. Semalam diaorang sibuk cerita pasal Nuryn yang menangis takutkan dinasour jahat.

    Muqry pujuk "Dah, adik jangan nangis. Nanti abang jadi ultraman, abang lawan dinasour jahat ni". Hahahaha.

    BalasPadam
  4. hahah...mcm2 budak2 nih. Lawak je kan.

    Ooo ingatkan abah nuryn ada citer..sbb dia ada tanya syahmi ok ke x. Hehe. Syahmi k*****g dalam seluar masa main game..huhu.

    BalasPadam