Khamis, 24 Februari 2011

Syahmi Susah Makan

Beberapa hari ini syahmi begitu susah makan. Bila disuap ke mulut, syahmi mengeluarkan semula makanannya. Sebelum ini syahmi sangat mudah nak makan dan tak cerewet. Lebih memelikkan mama, syahmi muntah! Bila ditanya, dia cakap dengan dia kenyang sangat. Padahal baru je dia bagitau, dia tak makan nasi tengahari sebab cikgu bagi lauk daging dan sayur yang tak dipotong kecil-kecil. Itulah, setahu mama syahmi cuma tak berapa suka daging. Dan sayur mestilah dipotong kecil-kecil. Sekecil memotong daun bawang yang nak diletakkan didalam sup. Ho ho. Dan dah 2 kali mama cakap kat cikgu Syahmi supaya sediakan Syahmi sayur dalam saiz yang kecil. Tapi, sampai ke hari ini Syahmi bagitau cikgunya bagi sayur yang besar. Segan mama nak bagitau cikgu banyak kali. Nanti dikata cerewet pula. Kasihan Syahmi :(.


Kenapa ye? Yelah, rasa sedikit stress kalau anak susah nak makan. Kita sediakan dia macam-macam makanan. Tapi kita yang kena habiskan semua. Lagi susah hati kalau tengok anak semakin kurus. Semalam mama dan abah bincang-bincang. Agaknya ada beberapa sebab syahmi tak ada selera makan.

1. Dah bosan dengan hidangan makanan yang lebih kurang sama setiap hari.
2. Nak makan masakan mama.
3. Dah tak suka makanan bersup.
4. Sebab suka makan makanan segera, macam nugget, daging burger dan sebagainya.
5. Badan dah masuk angin. Bila makan muntah!
6. Beralih bulan ( ha ha budak 3 tahun ada peralihan bulan juga rasanya)
7. Penat.
8. Mama rasa sebab CACING! (Ada kaitan ke? Sebab dah lama syahmi tak diberi ubat cacing.)

Kalau diberi vitamin, Syahmi susah nak makan suplement/vitamin kalau dalam bentuk pejal ni. Kalau bentuk cecair senang. Tapi takpe, nanti mama cuba cari vitamin yang lebih menarik lagi. Kalau ada kawan-kawan nak bagi cadangan lagi bagus.

Semalam, jenuh Syahmi nak habiskan nasi, walaupun baru 5 mulut mama menyuapnya. Kasihan Syahmi.

2 ulasan:

  1. cacing kot...bg la ubat cacing..
    bg makan appeton..hehe
    mak mertua sy cakap, kalau budak tgk lasak@ aktif mmg kurang makan..budak nk membesar la tu ...

    BalasPadam
  2. cat>>susah hati jugak kalau budak tak mo makan. Rasanya cacing kot sebab duk main pasir je kat sekolah.

    BalasPadam