Rabu, 24 Ogos 2011

Syahmi; Al-Quran Al-Furqan dan Bacalah Anakku

Mungkin sebab budak lelaki, asyik main dan kurang fokus dalam kelas. Jadinya sejak 2 bulan lalu (sejak ditegur tok ayah...hihi), dalam satu hari mama biasakan Syahmi bersama bahan bacaan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Dan, mengaji Al Quran sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Alhamdulillah sekarang sudah menjadi tabiatnya.

Selepas mengenal huruf dan baris. Mama teruskan dengan menggunakan kaedah bacaan Al-Furqan dan kad imbasnya. Sekolahnya My Little Caliph juga menggunakan kaedah yang sama. Cuma bezanya, di rumah Syahmi masih membaca Al Furqan 2, di sekolah katanya sudah Al Furqan 3. Sebabnya, bacaannya masih belum lancar.

Sekarang Syahmi dah pandai baca ayat sambung-sambung
dan baris atas, bawah dan hadapan.


Yang lucunya, Syahmi tak sabar nak baca Al Quran, nampak dia bersungguh-sungguh mengeja walaupun belum tahu tanda mad dan sabdu. Di sekolah, untuk pelajar 4 tahun, masih ditahap menghafal surah-surah kecil dan bacaan solat fardu sahaja.

Sekarang Syahmi dah mengenal nombor-nombor dan sudah membaca Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku 2.


Mama pun tak pasti sama ada terlalu cepat atau tak mama hantar kamu ke sekolah. Mama dulu pun mula sekolah taski masa umur 4 tahun. Semoga anak mama menjadi seorang yang berjaya dan berguna serta jadi teladan untuk adik-adik kamu. Amin.

Kalau sesiapa berminat nak beli Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Al Furqan, boleh jenguk sini.

Itu sahaja tentang kamu Syahmi :)

Ahad, 21 Ogos 2011

Puasa Ibu Menyusu

Terjawab kemusykilan mama berkenaan puasa pada ibu menyusu, ibu hamil dan ibu melahirkan anak di bulan ramadhan.


Jadi, perkongsiannya.

Ibu menyusu atau ibu hamil yang bimbangkan kemudaratan diri dan bayi; wajib membayar fidyah dan qadha puasa.

Ibu menyusu atau ibu hamil yang hanya bimbangkan kemudaratan diri; hanya wajib membayar fidyah.

Ibu yang melahirkan anak dibulan ramadhan; wajib qadha puasa sahaja.

Selamat qadha puasa dan bayar fidyah.

:)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Raya Tahun Lepas

Tergelak apabila ingat raya lepas. Kalut. Sebabnya, adik masuk wad pagi raya, demam dan pitam di bilik air. Jam 3 pagi ke hospital dan ditahan wad. Baru mama tahu orang pantang bersalin tak boleh demam masa dalam pantang.

Yang lucunya. Semua makanan pagi raya belum masak. Tok mi dah serahkan segala tugas kat mama. Hahah biar betul. Malam tu mama tidur awal. Memang berhajat nak bangun pagi untuk tolong tok mi masak. Tapi, lain pula jadinya. Banyak betul wasiat tok mi pagi tu. Aduh, manalah aku pandai masak banyak-banyak. Perbetulkan, mama tak pandai masak sebenarnya. Cepat-cepat mengaku takut abah perli mama :p. Bab masak memasak ni memang selalu jadi perbahasan kami kat rumah. "Saya memang tak pandai masak, awak sepatutnya buat interview sebelum kawin dulu, kalau tak pandai masak...'reject' siap-siap". Ayat mama, rasanya abah dah boleh hafal...hahah. Pagi tu mama panjang akal, adik bongsu dah lesap rumah mertuanya belakang rumah, jadi mangsanya mak long. Mama kejutkan mak long suruh dia ganti tok mi. Mama cakap mama tak boleh masak, nanti hilang wasiat-wasiat tok mi dalam kepala. Jadi tukang kacau pun oklah. Nasib baik mood mak long kamu menurut perintah pagi tu. Hahah sedap hasilnya!

Sesi fotografi di pagi raya terbatal secara automatik. Tak ada gambar raya sakan. Penat. Si kecil Syakir ditinggalkan di rumah. Hanya maknya masuk wad. Banyak tugas.




Hanya ini yang sempat diambil. Itupun di magrib hari. Muka penat semuanya. Baju tudung pun tangkap muat je. Raya pertama bersama Rakin Syahid. PINK.

Wink wink :)

Rabu, 17 Ogos 2011

Ramadhan Ini

Haiiiiih. Tarikk nafas. Tolong bagi mood. Mood untuk mama taip karangan.

Ok, mari kita mulakan.

Pagi ni, pertama kali mama mendengar lagu raya dengan rasa berperasaan nak balik raya. Teringat kat abah kamu yang sememangnya 'terover' sensitip dari mama. Suka dengar lagu yang sedih je dalam hidupnya. Tak macam mama. Lagu yang gembira-gembira best! Tak payah nak bazirkan nafas menahan sedih...hahah. Eeerkkk ampun!

Nak tulis apa lagi. Idea idea.

Hari pertama ramadhan, mama demam. Melarat hampir seminggu. Pening-pening muntah-muntah rasa loya. Berita baik? Tidak mungkin sama sekali. Itu projek lain tahun :p. Awal-awal lagi dah kena tinggal puasa. Rupanya mama dehidrasi. Kurang minum air, tapi, Rakin menyusu kerap. Mungkin kurang kenyang. Tok ayah, abah hanya suruh berbuka. Katanya, jangan memudaratkan diri sendiri. Sayang...


Masuk hari ini, kita dah puasa 18 hari. Maknanya tinggal 12 hari lagi nak raya. Dan, beberapa hari lagi nak balik kampung. Maknanya, minggu depan kena semangat buat persiapan nak balik kampung dan untuk raya. Perlu ada cuti 1 hari untuk 'shopping' :).

Syahmi.

Susah. Hari pertama sahaja bersahur. Seterusnya, tak mahu bangun. Belum faham lagi agaknya. Mama tak tahu nak 'explain' macamana padanya. Tahun depan mama dan abah kena berusaha. Kena latih juga.


Rakin.

Hanya mampu 'fully breastfeed' selama 1 tahun 4 bulan. Sedih. Memang sudah tak berdaya. Target mama seterusnya 'breastfeed' sampai 2 tahun walau tak sepenuhnya. Susah juga nak cari susu formula yang serasi dengannya. Bagi mama tak perlu susu yang mahal-mahal. Susu yang mahal memang lebih sikit khasiatnya. Tapi, khasiatnya mudah lerai selepas bercampur air. Kalau tidak terus ke mulut anak, susu tu sama sahaja dengan susu-susu formula yang ekonomi. Jadinya, mama bermula dengan susu yang ekonomi dulu. Kalau dia tak serasi barukan cuba susu yang kos tinggi. Alhamdulillah, Rakin serasi dengan fernleaf, walaupun, Rakin semacam nak tak nak je minum susu tu.


Khasiat susu ibu adalah yang terbaik.

Ramadhan kali ini, syukur abah belum ponteng terawih. Memang mama harap abah terawih penuh kali ni. Elakkan berbuka di luar. Mamanya cuba juga pergi terawih. Malam pertama bawa adik, memang ok sangat. Hari kedua? MasyaAllah. Sakit kepala. Penat abangnya. "Mama...esok tak payahlah bawa adik. Syahmi dah penat. Adik sepahkan semua buku kat situ". Syahmi yang kemas balik. Tak tahannya, Rakin berlarian depan saf. Aduh memang sakit naik ke kepala. Segan. Tahun ni kebanyakkan juadahnya buatan tangan mama. Tiada selera juadah di pasar ramadhan. 'Simple' tapi makan berselera. Alhamdulillah. Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.

Persiapan raya. Hmmm....

Baju budak-budak sudah dibeli. Mama pun sudah. Abah belum lagi. Yang sudah setel hanya rambut raya. Minggu kedua puasa, semua 'guard' mama dah bojen raya. Lucu adik pertama kali botakkan rambut. Sepanjang bunyi mesin nangis tak henti.


Lega. Sudah buat satu post yang baru. Puas hati. Khas untuk suami yang rindu coretan mama. Hikhik.

Sayang kamu semua. Semoga berjumpa lagi di ramadhan seterusnya.

Saramida.

Selasa, 9 Ogos 2011

Rezeki Ramadhan

...
Walaupun tak banyak. Tapi rasanya seperti terpijak duit..hihi.
Terima kasih Nuffnang!