Rabu, 24 Ogos 2011

Syahmi; Al-Quran Al-Furqan dan Bacalah Anakku

Mungkin sebab budak lelaki, asyik main dan kurang fokus dalam kelas. Jadinya sejak 2 bulan lalu (sejak ditegur tok ayah...hihi), dalam satu hari mama biasakan Syahmi bersama bahan bacaan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Dan, mengaji Al Quran sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Alhamdulillah sekarang sudah menjadi tabiatnya.

Selepas mengenal huruf dan baris. Mama teruskan dengan menggunakan kaedah bacaan Al-Furqan dan kad imbasnya. Sekolahnya My Little Caliph juga menggunakan kaedah yang sama. Cuma bezanya, di rumah Syahmi masih membaca Al Furqan 2, di sekolah katanya sudah Al Furqan 3. Sebabnya, bacaannya masih belum lancar.

Sekarang Syahmi dah pandai baca ayat sambung-sambung
dan baris atas, bawah dan hadapan.


Yang lucunya, Syahmi tak sabar nak baca Al Quran, nampak dia bersungguh-sungguh mengeja walaupun belum tahu tanda mad dan sabdu. Di sekolah, untuk pelajar 4 tahun, masih ditahap menghafal surah-surah kecil dan bacaan solat fardu sahaja.

Sekarang Syahmi dah mengenal nombor-nombor dan sudah membaca Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku 2.


Mama pun tak pasti sama ada terlalu cepat atau tak mama hantar kamu ke sekolah. Mama dulu pun mula sekolah taski masa umur 4 tahun. Semoga anak mama menjadi seorang yang berjaya dan berguna serta jadi teladan untuk adik-adik kamu. Amin.

Kalau sesiapa berminat nak beli Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Al Furqan, boleh jenguk sini.

Itu sahaja tentang kamu Syahmi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan