Jumaat, 19 Ogos 2011

Raya Tahun Lepas

Tergelak apabila ingat raya lepas. Kalut. Sebabnya, adik masuk wad pagi raya, demam dan pitam di bilik air. Jam 3 pagi ke hospital dan ditahan wad. Baru mama tahu orang pantang bersalin tak boleh demam masa dalam pantang.

Yang lucunya. Semua makanan pagi raya belum masak. Tok mi dah serahkan segala tugas kat mama. Hahah biar betul. Malam tu mama tidur awal. Memang berhajat nak bangun pagi untuk tolong tok mi masak. Tapi, lain pula jadinya. Banyak betul wasiat tok mi pagi tu. Aduh, manalah aku pandai masak banyak-banyak. Perbetulkan, mama tak pandai masak sebenarnya. Cepat-cepat mengaku takut abah perli mama :p. Bab masak memasak ni memang selalu jadi perbahasan kami kat rumah. "Saya memang tak pandai masak, awak sepatutnya buat interview sebelum kawin dulu, kalau tak pandai masak...'reject' siap-siap". Ayat mama, rasanya abah dah boleh hafal...hahah. Pagi tu mama panjang akal, adik bongsu dah lesap rumah mertuanya belakang rumah, jadi mangsanya mak long. Mama kejutkan mak long suruh dia ganti tok mi. Mama cakap mama tak boleh masak, nanti hilang wasiat-wasiat tok mi dalam kepala. Jadi tukang kacau pun oklah. Nasib baik mood mak long kamu menurut perintah pagi tu. Hahah sedap hasilnya!

Sesi fotografi di pagi raya terbatal secara automatik. Tak ada gambar raya sakan. Penat. Si kecil Syakir ditinggalkan di rumah. Hanya maknya masuk wad. Banyak tugas.




Hanya ini yang sempat diambil. Itupun di magrib hari. Muka penat semuanya. Baju tudung pun tangkap muat je. Raya pertama bersama Rakin Syahid. PINK.

Wink wink :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan