Jumaat, 20 Mei 2011

Masak; Kek Karot

Dah lama oven mama tak panas. Kata abah benda tu perhiasan je. Bukan apa, anak kecil susah nak tumpukan perhatian di dapur. Alasan kan:P.

Kek pertama mama kali ini adalah kek karot. Kek kali ini dibuat menggunakan blender sahaja. Sebabnya, mixer di pinjam adik dan tak dipulang-pulangkan lagi. Nasib baik menjadi juga walaupun ada yang tersalah langkah. Maklumlah lama benar mama tak buat kek.

Sudah siap dibancuh. Sedia dibakar!


Dah masak.


Bila diterbalikkan buruk je rupanya. Haha.


Ini deko ekspres...Bila makan sedap juga. Macam menjadi! Yeay!


Haha punya semangat mama nak cerita dalam ni. Inilah hasil kali ni. Suami makan. Rakin makan. Banyak! Sedap kot :p. Syahmi? Dia awal-awal lagi cakap tak suka. Resepi? Ambil kat sini.

2 ulasan: