Isnin, 9 Mei 2011

Migrain dan Baju

Assalamualaikum.
Hari ke 3. Rasa sakit kepala sudah berkurangan. Tapi, segala pergerakan masih dilakukan dengan volume perlahan.

Teruk rasanya. Sampai cakap mengarut dengan si suami :O. Yerla, tak pernah sakit kepala seteruk ini. Rasa bendenyut-denyut di bahgian kanan kepala dan senak mata. Pagi semalam memang tak boleh lelap sangat. Tak tahan. Aku duduk termenung di katil dan di bilik air. Muntah angin. Akhirnya mandi pagi sebelum 6 pagi. Cepat-cepat makan apa yang ada dan telan 1 biji ubat tahan sakit dan 1 biji panadol. Sejam kemudian, tahan sedikit rasa sakit. Peliknya bau yang juga aku tak boleh tahan. Nak kata aku pregnant..tak mungkin :p.

Jadinya, aku cari maklumat pasal migrain. Mari kita tengok!


MIGRAINE

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

Pemakanan
1.Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. - Cheese? Aku telah bedal cheese yang banyak. Sehari sebelum, aku order cheese tart dan makan cheese kek yang suami Mag buat.

2.Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

3.Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

4.Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

5.Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

6. Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

1.Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung - Tak mungkin mengandung!
2.Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. - Belum datang haid, sudah lambat 2 hari. Betulla kot migrain ni tanda-tanda nak datang haid
3.Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
4.Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara Hidup
•Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. - Memang sudah lama kurang tidur.
•Pemakanan yang tidak teratur
•Pengambilan ubat.

Penyebab-penyebab lain
•Perubahan cuaca. - 2 hari ni cuaca panas yang amat.
•Cuaca terang matahari atau lampu.
•Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
•Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. - Dah memang kerja mengadap komputer.
•Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (tensionnnnn)
•Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
•Merokok.

Rawatan
Rawatan tanpa ubat-ubatan
•Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (lihat di atas).
•Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
•Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.
•Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.
•Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
•Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.
•Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkinjuga berkesan

...

Bila baca ni, memang banyak yang betul persamaan. Yang lawaknya, cheese tart tu. Aku memang suka cheese. Si suami sampai cakap..'Itulah kuat sangat makan cheese tart...sampai tinggal satu jer kat saya.' Haha betul ke satu je cheese tart yang si suami dapat makan. Punyalah banyak..satu je dia makan.

Lawak kedua, ada kaitan dengan tajuk hari ni Migrain dan Baju. Hari ni aku pakai baju terbalik. Yang sebelah belakang di depan dan sebelah depan kebelakang. Siap pergi hantar Rakin ke nursery, ke kedai beli sarapan, hantar Syahmi ke sekolah dan ke klinik. Nak balik ke rumah barulah aku perasan aku pakai baju terbalik. Haha sewel dah!...:P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan