Rabu, 1 Jun 2011

Saya Suka

Saya suka! Saya suka melihat sesuatu yang kreatif dan berseni. Ada beberapa laman kreatif dan seni membuatkan mood saya gembira dan teruja. Wahhh terasa sungguh bangga dengan orang-orang yang sedemikan. Hanya menggunakan fikiran dan tangan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Saya? mungkin tidak diasah bakat. Bakat terpendam begitu sahaja...(ahaha itu ayat perasan sendiri). Sebetul-betulnya, saya memang sukakan kraf tapi hanya suka melihat, menghayati dan memberi komen sahaja :p. Ok mari kita layan laman-laman yang menceriakan hari saya hari ini.


Kagum melihat buatan tangannya. Hanya menggunakan kertas. Semasa saya masih bersekolah. Saya pun terlibat sama dengan hobi ini. Bermain dengan gunting, kertas, pen dan gam. Siap ada koleksi kertas yang pelbagai warna dan jenis. Alkisahnya semasa saya bercinta dengan si suami, banyak jugalah hasil kerja tangan yang tak berbayar ditujukan kepada kekasih hati...ahaha. Tapi sekarang? Bayangan kertas pun tak ada di rumah :p. Meja ofis pun bersepah dan berserabut :p. Tak mengambarkan ciri-ciri kreatif pun :p.


Ini pula seni membuat ukiran pemadam atau stamp. Sungguh kreatif! buat saya tersangat kagum dan jeles! (Jeles memanjang :P).

Itulah dua laman yang mengubah mood saya pada hari ini :)

Kepada sesiapa yang minat gambar kanvas pula boleh lah tempah di sini. Yang ni mama Rakin dan Syahmi suka! Tapi suka je lah, sebab, kalau order banyak-banyak pula kan pelik pula rumah. Nanti tetamu keliru..ini rumah ke galeri gambar? hikhik.



...

Wink wink :)
Mama

2 ulasan:

  1. Aku pun suka seni menggunting n menampal xberbayar! hehehe.. skang aku asyik duk cari cara melukis mural. Geram nk lukis, tapi xdek masa ;(. Nampaknya gantung gambar jugakla ye.

    BalasPadam
  2. Hoh melukis mural? cayalah...x penah tpikir pun...best jugop tu. Conteng kat atas kanvas aku suka! tunggulah nanti nak buat bsama anak2 teruna. Skang ni yg mana si syahmi conteng warna kat kertas aku framekan...hikhik.

    BalasPadam