Khamis, 10 Mac 2011

Rakin 1 Tahun



Rakin, kamu dah 1 tahun. Alhamdulillah. Selamat hari lahir sayang! Mama nak menulis tapi mama tiada idea nak tulis pasal apa tentang kamu. Semalam hari lahir pertama kamu. Macam biasa, kalau hari lahir anak-anak mama, kita sambut dengan membeli kek dan hadiah. Mama tahu kamu suka makan kek karot. Jadinya, mama belikan kamu kek karot. Banyak betul kamu makannya semalam :).

Rakin, ini perjalanan perkembangan kamu selama 1 tahun.

Dari bayi muka kamu agak serius tapi kamu sangat manis dan suka tersenyum.
3 bulan kamu dah pandai mengiringkan badan.
4 bulan kamu pandai meniarap.
5 bulan tumbuh gigi 2 batang kat bawah. Dan, kamu dah mula mengangkat punggung nak merangkak.
6 bulan dah pandai berpaut dan berdiri.
7 bulan kamu dah boleh duduk tapi dengan bantuan mama. Dan kamu boleh berdiri tanpa berpaut, tapi masih kena bersandar. Bulan ni kamu tumbuh 4 gigi sekaligus.
8 bulan kamu dah pandai dudu sendiri.
10 bulan gigi ke 7 dan 8 kamu selamat naik.
11 bulan kamu dah boleh berdiri dan boleh melangkah. Dan sampai sekarang kamu ditahap ini. Malas nak berjalan. Sebenarnya mama tak sabar nak tengok kamu jalan tau.

Rasanya dah tiada apa mama nak ceritakan. Mama dan abah doakan anak-anak mama diberikan kesihatan, jadi anak yang soleh, anak yang bijak, mendengar kata mama dan abah. Mama sebenarnya takut juga nak menghadapi hari-hari yang mendatang. Tok ayah selalu cakap, ibubapa adalah cermin anak-anak dan ibubapa jugalah pena yang mencorakkan anak-anak. Mama tak tahu adakah cara kami mendidik kamu ini betul atau tidak. Kami cuba yang terbaik InsyaAllah.

Mama sayangkan kamu semua. Mama haraplah suatu hari nanti, bila Rakin dah pandai membaca, kamu akan baca coretan mama untuk kamu ini. Ini lagu mama untuk kamu.



Mari kita tengok gambar-gambar kita tengah berlakon tiup lilin dan memotong kek pula. Rakin dah tak sabar nak ngap!.

Abg boring je sebab beli kek yang dia tak suka

2 ulasan:

  1. mek hah, mana carik lilin? comellah..(",)

    BalasPadam
  2. kat baker's Cottage ..ada 2 3 jenis yg kiut miut.

    BalasPadam