Selasa, 15 Mac 2011

Botol Susu Bebas BPA

Semalam, kerajaan Mengharamkan Botol susu Polikarbonat yang ada BPA. Setuju sangat.

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, “Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu.”

Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat atau berbahaya adalah bertanda 3 ,6 dan 7.

Setahu mama, bahan yang digunakan untuk membuat plastik boleh menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Sejak anak pertama mama hanya gunakan 3 jenis botol susu sahaja untuk Syahmi dan Rakin. Jenama Tupperware, Mom Little One dan Bumble Bee. Rupanya memang tak berapa cantik dan mudah calar, tapi apa yang penting, ia bebas dari BPA. Cuma, harganya sedikit mahal.

Ada juga botol susu jenama lain, kawan-kawan mama yang bagi hadiah. Nak buang rugi, mama tetap gunakannya. Tapi hanya untuk 3 bulan. Nasihat mama buat ibu-ibu, jangan hanya fikir nak cari botol yang comel sahaja. Kesihatan anak perlu dititikberatkan dulu!. Masa memilih botol, pastikan ia bebas BPA.

Hmm apa yang dalam fikiran mama sekarang. Semua orang mampu beli ke botol susu ni? Ho ho. Patutnya kerajaan juga perlu ambil langkah kawal harga barangan plastik. Biarlah semua golongan tak kira miskin, sedang-sedang dan kaya raya boleh lari dari bahaya BPA ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan