Jumaat, 8 April 2011

Rakin; 'Follow Up'

Haha asyik cerita pasal Rakin je. Kasihan abang Syami. Sabar yer abang, nanti mama cerita pasal kamu pula.

Semalam kami bawa Rakin follow up di KPJ Kajang Specialist Hospital. Rakin jumpa Doktor Meena buat kali kedua. Senang dengan doktor ni, sebabnya dia seorang doktor yang tidak kedekut ilmu. Kalau mama tanya dia soalan, dia mesti jawab dengan panjang lebar. Sampai kita faham. Alhamdulillah, Rakin dah sihat. Hari tu kami bawa Rakin jumpa PAED. Sebabnya, Rakin demam 2 minggu berturut-turut, alhamdulillah tiada penyakit yang merbahaya. Rakin demam sebab kena tonsil.


Suntikan 1 Tahun - Suntikan MMR dan suntikan chicken pox.

Dah sihat. Rakin bolehlah ambil suntikan 1 tahun. Suntikan MMR dan suntikan chicken pox. Suntikan MMR wajib. Suntikan chikenpox pula tak wajib. Dulu, Syahmi tak ambil pun suntikan yang tak wajib ni. Mungkin sebab mama dan abah kurang ilmu. Dan sekarang mama baru tahu semua suntikan tu sememangnya perlu. Kata Doktor Meena, dari dulu lagi para PAED memohon untuk suntikan chicken pox atau varicella ini diwajibkan kepada setiap budak. Kenapa? Sebabnya chickenpox sekarang bukan seperti chickenpox dahulu, merbahaya dan boleh menyebabkan kematian kepada budak kecil. Ada tubuh yang boleh melawan virus chickenpox dan ada badan tak boleh. Tapi, kerajaan tak luluskan. Sebabnya melibatkan kos yang begitu banyak. Banyak la kot, untuk ambil suntikan ni kena bayar dalam RM80++. Suntikan chicken pox atau vaksin varivax seperti lain-lain vaksin juga. Berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi. Bertindak melemahkan virus didalam badan. Apapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox. Kata Doktor Meena, setiap orang pasti akan mendapat chickenpox. Tapi, dengan pengambilan suntikan ini, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini. Apa yang kita perlu tahu, vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chickenpox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Dan, sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.

Haa panjang lebar mama kamu cerita :D.

Rakin belum boleh bercakap.

Itu normal. Kata doktor, bayi biasanya mula boleh bercakap pada usia 18 bulan. Cara nak uji anak kita boleh bercakap atau tidak adalah dengan memanggilnya. Kalau anak kita bagi respon, maknanya fungsi telinganya baik. Bermula dengan mendengar, barulah budak itu boleh bercakap.

Wad kanak-kanak kat KPJ Kajang dah bertukar wajah. Cantik macam tempat pergi berseronok pula.

Ok itu sahaja nak diceritakan pasal Rakin.

Pasal Membanyakkan Air Susu.

Tangah borak-borak dengan Doktor Meena semalam, mama ada tanyakan tips-tips untuk banyakkan air susu. Katanya elakkan makan ubat-ubat yang memperbanyakkan air susu. Kebanyakkan ubat yang banyakkan air susu biasanya ada side effect. Doktor cadangkan mama mengubah cara pemakanan. Makan makanan yang menyumbang susu. Dia cadangkan mama makan ikan yang kurang tulang. Macam tenggiri, mackarel, sardin, kembung, parang,salmon dan banyak lagi kot. Kalau minuman, biasalah, soya, milo, susu, horlick dan yang paling penting minum air masak banyak-banyak. Huhu susu mama dah merundum. sempat ke sampai 2 tahun ni. Mama dah kurang makan. Dah kurang selera makan. Dah kurus.. senang sungguh kurus..susahnya nak buat lemak..waaa :(.

1 ulasan: