Jumaat, 15 April 2011

Suamiku...



Suamiku...

Awak ingat tak masa kita mula mula kenal dulu, masa kawan awak dan saya perkenalkan awak kat saya? Masa tu saya tak tahu pun awak satu kelas dengan saya. Tapi saya pernah sekali tengok awak, teringat saya seorang kawan saya terus cakap 'Aku dah jumpa jodoh aku' masa dia tengok awak. Rupanya jodoh awak dengan saya..

Awak ingat tak SMS pertama awak ... 'cantiknya bulan malam ni...blabla'.

Awak ingat tak saya selalu intai awak masa awak pergi beli nasi. Awak lalu depan bilik saya.

Awak ingat tak dulu kita pernah belajar sama. Hehe masa tu kita kawan-kawan je.

Awak ingat tak masa kita keluar makan sama-sama. Awak makan ikan keli. Tapi saya tahan nak muntah sebab saya tak suka ikan keli, geli!. Tapi sekarang 2 3 kali seminggu ikan keli jadi menu saya.

Awak ingat saya masak puding triffle kat awak. Saya buat bentuk smile dan letak tahi lalat kat bibir smile.

Awak ingat tak masa baru kawin dulu. Saya malas lipat kain. Lepas tu hari-hari awak tanya, bilalah saya nak lipat kain tu. 2 3 hari jugalah. Rupa-rupanya awak sorok hadiah dalam kain tu (vacum). Haha malas bini awak masa rupanya bersebab. Kita nak dapat Syahmi.

Awak ingat tak awak selalu buat kejutan masa birthday saya? Tapi 2 tahun lepas, awak lupa birthday saya.. masa tu kita di Kota Kinabalu. Itu pun bulat mata awak terkejut bila mami cakap.. 'mami rasa macam birthday seseorang je hari ni'. Ha ha laki saya sudah mula lupa ingatan. Sebenarnya masa tu saya pun tak ingat birthday saya.

Awak ingat tak masa saya mengandungkan Syahmi, awak buat segala kerja rumah. Awak potong buah kurma dan buah kismis kecil-kecil dan letakkan dalam ais krim... nak bagi saya makan. Setiap malam awak buat segelas susu dan sapu losyen kat perut. Tiap-tiap malam lepas kerja awak mesti beli 'chickencop'. Ha ha patutlah si Syahmi manja sampai sekarang, sebab abahnya manjakan mamanya.

Awak ingat tak tarikh pertama kita couple dulu? 23 Oktober 2003 kan? Tapi kita tak ada bercouple sangat pun sebab masa tu dah final sem. Masing-masing buat hal sendiri.

Awak ingat tak masa masing-masing dah bekerja. Kita jarang berjumpa. Masing-masing sibuk. Awak outstation sini sana. Tapi lepas kahwin, saya suka ayat awak, 'abang tukar position, tak nak selalu tinggal awak'.

Awak ingat tak kita bertunang bila? 2005 kan.

Awak ingat tak 2 Jun 2006? Kalau boleh saya nak undur balik hari itu, ada kejadian yang menyebabkan saya ingat sampai sekarang. Kalau boleh saya nak simpan ia baik-baik. Mana tahu dah tak ada rezeki.

Haha banyak sangat perkara yang berlaku kan. Banyak yang dah kita lalui bersama kan?. Kalau nak saya senaraikan lagi sampai malam pun tak habis lagi.

Mama buang tabiat hari ni.
Sakit kepala. Sebab jaga Rakin semalam.
Bercuti.

Saya sayang awak.

2 ulasan: