Rabu, 10 Oktober 2012

Resepi; Resepi Lasagna

Assalamualaikum. Hari ini mama rasa nak kongsi resepi lagsana. Terima kasih tuan punya blog Cahaya Hatiku sebab bagi langkah demi langkah cara buat lagsana. Tapi mama ubah sikit resepi tu ikut selera :). Mama ingat susah buat lasagna ni..rupanya senang sahaja. Paling best cik suami yang pandai membeli bahan-bahan, maklumlah Rania masih di dalam pantang ke pusat membeli belah..heheh. Bahan-bahan semuanya beli di giant, memang semua ada kat situ.

Ok. Mari kita kumpul bahan-bahan yang diperlukan dulu..


Bahan-bahan utama :
Kepingan lagsana
Sos prego - sos prego beli yang macam ni ya sebab mama dah cuba guna yang lain,rasanya macam tak berapa sedap.

Cendawan butang - potong dadu sekecil yang boleh.
400 gram daging cincang
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano

1 bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - potong dadu
Keju mozzarella

Keju parmesan

1 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Bahan- bahan sos putih :
2 1/2 sudu besar buttercup
3 keping keju cheesedale
500 ml susu full krim / fresh milk
4 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara membuat inti daging :
Masukkan 4 sudu besar minyak masak.
Tumis bawang yang dicincang tadi sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang, masak sehingga 2/3 masak.
Tuangkan sos prego. Gaul sebati.
Masukkan secukup rasa garam.
Taburkan secukup rasa oregano.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan 1 sudu besar sos cili.
Taburkan serbuk lada hitam.

Cara membuat sos putih :
Cairkan butter.
Masukkan 4 sudu besar tepung gandum. Kacau sebati dan gunakan api yang kecil.
Masukkan susu. Kacau.
Masukkan keju cheesedale. Kacau sehingga cair semuanya.
Masukkan sedikit garam. Tunggu sebentar.
Siap.

Cara melapis lasagna :
Panaskan oven pada suhu 180 celsius.
Celurkan sekejap kepingan lagsana. Susun kepingan lagsana pada dasar loyang sehingga menutup kesemua dasarnya. Saiz loyang - ikut suka


Masukkan 1 bahagian inti daging tadi, buat lapisan sehingga menutup kepingan lasagna tadi. Saya bahagikan inti kepada dua.

Tuangkan separuh sos putih sehingga menutupi lapisan inti daging


Taburkan cheese parmesan dan mozarella. Kuantiti - ikut suka. Lagi banyak lagi sedap.
Susun kepingan lasagna.

Ulang balik langkah awal melapis lasagna. Sebenarnya ikut suka nak buat berapa lapis. Saya buat 2 lapis. Itu sebabnya inti daging dan sos putih saya bahagi 2.

Siap!

Bakar lasagna selama 30-40 minit pada suhu 180 c. Kalau cheese dah berwarna perang maknanya lasagna dah masak. Sedia untuk dihidang!


Ok sesiapa pun boleh cuba. Mama simpan kat blog ini agar mama tak lupa cara-cara buat lasagna ni kelak..hihihi. Maaf gambar-gambar tak cantik dan ada yang ambil dari blog orang. Sebab Rania meragam nak masak juga agaknya masa ni.


Lagsana ni makin lama makin sedap rasanya. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan selama 1 minit.

Bye-bye :).

2 ulasan:

  1. oh...simple jer.. ok simpankn utk saya datang minggu depan yer...hihi..
    baiknye rania teman mama dia masak..

    BalasPadam
  2. kalau cukup bahan...insyAllah dpt merasa...next week menu lain...hehehe.

    BalasPadam