Jumaat, 18 Februari 2011

Rakin ; Selesema & Batuk Berkahak

Itu dulu. Dulu-dulu masa umur Rakin 1 hari hingga sebelum mama jumpa ubat selesema, batuk dan kahak yang sesuai dengan Rakin, Rakin selalu melawat klinik. Pernah 2 kali ditahan wad. Pernah rujuk pakar hidung. Nasib baik hidungnya normal. Cuba petua itu. Cuba petua ini. Sehinggakan setiap 3 minggu Rakin kena follow up dengan pakar budak di Azzaharah, Dr Nik Rus.

Alhamdulillah. Sekarang. Rakin payah untuk mendapat batuk, selesema dan tidak pernah berkahak lagi. Harap ia berpanjangan sampai bila-bila. Kesian Rakin kalau semua tu berlaku lagi.

Apa yang membebaskan Rakin dari semua tu. Jawapannya sarang burung walit. Masa tu mama dengar-dengar je. Suruh abah beli . Tapi abah beli air sarang burung walit. Tapi Rakin..susah nak minum kalau selain susu mama. Tak dapat membantu walaupun melegakan.

Akhirnya mama beli walit gold dari kawan mama. Mahe benor harganya. Tapi mama beli juga. Cuba tak salah. Mama fikir kalau tak dapat membantu Rakin, kami sekeluarga pun boleh makan. Rakin 3 hari makan dah nampak kesannya.

Apa yang mama tertarik sangat dengan walit gold adalah sebab fungsinya;

# Menyembuhkan batuk, kahak, sakit tekak, selesema dan demam dalam masa yang singkat.
# Agen terbaik dalam memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru bagi penghidap asthma/lelah.
# Menguatkan sistem imunisasi tubuh.
Banyak lagi fungsinya. Tapi mama cuma pentingkan fungsinya yang ini.

Sebab lain? Tok mi Rakin suruh cuba.

Mari kita tengok rupanya. Copy gambar dalam internet. Pemiliknya minta izin ya.



Sekarang. Rakin susah dapat selesema. Susah dapat batuk. Susah berkahak. Kalau semua tu datang sekejap je ok.

Jadi. Siapa-siapa yang ada masalah sama, sila cuba. Tak salah mencuba.

Mama suka.

4 ulasan:

  1. Hmm.. macam menarik je.

    Nuryn & Muqry pun dah berulang selsema dan batuk. baik sekejap, kena semula. Dah few trips pergi ambil ubat.

    Berapa harga sebotol tu? Kalau kami 4 beranak makan, boleh tahan berapa lama agaknya?

    BalasPadam
  2. Ada byk jenis walit..walit gold tu paling byk kandungan sarang burung..RM250. Kalo sorg mkn dalm 3 bln lebih. Kalo 4 org ..sebln ja kot.

    Syahmi hah bg scott's emulsion je..jap je ok kalo selesema.

    BalasPadam
  3. salam...nak tanye...mmg berkesan ker bg walit gold?anak saye batuk lame da...aritu admitted kt hospital,dah elok tp tak lame kemudian tuh,kene blk...

    BalasPadam
  4. tanpa nama >>>cubalah. Umur brapa tu? Setiap hari bg air suam campur madu pure pun mujarab..

    BalasPadam